Tarikh siar: 02 Oktober 2010.
KOTA KINABALU: Orkid selipar atau nama saintifiknya, Paphiopedilum Rothschildianum yang hanya boleh ditemui di Sabah, diumumkan orkid rasmi negeri ini.
Pemilihan orkid selipar yang kini sukar ditemui dalam persekitaran semula jadi dibuat selepas majoriti pengunjung pameran Orkid Borneo 2010 di Suria Sabah, di sini mengundi spesies orkid berkenaan sebagai orkid pilihan.

“Dengan pemilihan orkid selipar sebagai orkid rasmi Sabah, saya berharap kita akan mengambil peluang untuk mempelajari secara mendalam spesies orkid ini seterusnya berusaha melindungi habitatnya daripada kemusnahan,” katanya ketika merasmikan Pameran Orkid Borneo 2010 di Suria Sabah di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Orkidseliparjadipilihanrasmi/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan