TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 8 Oktober 2010

Jauhi penggadai bangsa – Sultan Sharafuddin

Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 08 Oktober 2010.

SHAH ALAM 7 Okt. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan mencapai cita-cita politik mereka.


DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah

Baginda turut menasihatkan pembesar daerah yang dilantik tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

“Pembesar daerah perlu memastikan mereka menjadi tempat orang ramai mengadu dan pembesar daerah juga perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak istana untuk kemajuan masyarakat,” titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas menyerahkan watikah pelantikan Orang Besar Petaling yang baru kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Emran Abdul Kadir yang menggantikan Datuk Abu Bakar Abdul Hamid di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada majlis sama, baginda turut menyampaikan watikah pelantikan jawatan Orang Besar Hulu Langat kepada Datuk Orang Kaya Datuk Engku Maha Bijaya Abdul Jalil Abdul Rani.

Baginda juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah dan pendaftar-pendaftar Mahkamah Syariah.

Antara penerimanya ialah Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Datuk Johdi Toha, 64, yang dilantik di bawah Subseksyen 57 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Pelantikan beliau berkuat kuasa 1 Oktober dan berakhir pada 28 Januari 2013.

Bagi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah iaitu Saharuddin Selamat Zainor Rashid Hassin, 43, pelantikan beliau dibuat mengikut Subseksyen 58 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dan berkuat kuasa 16 Ogos lalu.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran