By Idris Talu
Pada hari ketiga, kami bersiap untuk kembali ke Malaysia selepas berada di Bali hampir tiga hari yang lalu.
Dalam perjalanan dari resort ke lapangan terbang Ngurah Rai, kami singgah di sebuah restoran Minang yang bernama Restoran Sederhana.
Restoran Sederhana - restoran Minangkabau di Bali.
Cukup sederhana bangunannya.
Ciri-ciri keMinangkabauannya tetap teserlah
Penulis, isteri dan seorang rakan sedang menunggu lauk-pauknya.Awal pagi, biasanya saya tidak ambil "heavy food" macam ini. So, saya makan juga tetapi sedikit sahaja. Teh O nya (di sini disebut teh manis), rasanya oklah.
Semua gambar-gambar lukisan berframe ini saya rakamkan di Restoran Sederhana. Cukup menarik.
Lukisan Bali yang indah.
Lukisan alam.kami disambut dengan lukisan besar yang menarik.
Lukisan suasana di pantai Bali.
Bali dan puranya.Sambil kapal terbang meluncur ke udara, saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebahagian dari pulau Bali dari udara. Macam red indian dapat senapang!
Ombak yang setinggi lima hingga enam kaki, kelihatan putih sahaja dari kapal terbang..
Gunung berapi semakin kecil kelihatan di bawah.
Rasa agak bertuah, dapat merakamkan gambar kawah gunung berapi yang meletuskan laharnya. Saya kurang pasti gunung berapi ini di pulau Bali atau pulau Jawa.Kawah Gunung Berapi yang sedang meletus kecil, dilihat dari jendela AirAsia semasa terbang pulang ke Kuala Lumpur dari Bali.
©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan