TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 21 Februari 2012

Bukit Bendera

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu


Keindahan hijau Bukit Bendera.


Bukit Bendera dilihat dari kaki bukitnya.

Pemandangan dari Bukit Bendera, Pulau Pinang.


ادريس اسماعيل تالو

Idris Ismail Talu

Pulau Pinang dilihat dari Bukit Bendera.




Mengingati Pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu


Dalam tahun 1992, tepatnya pada 22 Februari, bersamaan 18 Syaaban 1412, pada hari Sabtu sekitar jam 4:00 pagi, Sudirman Haji Arshad telah meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah dikatakan menderita sakit selama tujuh bulan. Allahyarham Sudir ketika itu baru berusia 37 tahun,

Allahyarham Sudirman Hj Arshad menghembuskan nafanya yang terakhir di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur.






Jenazah Allahyarham telah dibawa kampung halamannya di Temerloh dan dikebumikan pada hari yang sama di sebelah pusara orang tuanya, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh.

Allahyarham Sudirman telah menghasilkan kira-kira 20 album, serta beberapa album kompilasi, selama Allahyarham bergiat di dalam bidang seni.

Allahyarham Sudirman amat disenangi dan disayangi di seluruh Asia Tenggara, merangkumi Indonesia, Singapura, dan Brunei.



Allahyarham Sudirman diumumkan Penghibur Terbaik Asia pada tahun 1989 pada Asian Popular Music Awards yang berlangsung di Royal Albert Hall, London. Sudirman telah mengalahkan beberapa penghibur Asia lain yang hebat.






Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Isnin, 20 Februari 2012

Perbadanan Nasional Berhad–PNS- sasar latih 10,000 usahawan

Oleh Zuraidah Mohamed, zmohamed@bharian.com.my

Tarikh : 2012/02/20

Program latihan Akademi Francais perkukuh profesionalisme francaisi


AKADEMI Francais yang ditubuhkan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) bagi membangunkan kumpulan profesional dalam industri francais, akan melalui rancangan pembangunan lebih agresif menerusi pelan lima tahun ke arah menjadi pusat francais Asia menjelang 2016.

Ketua Akademinya, Dr Suhaimi Sulaiman, berkata PNS menyasar melatih sehingga 10,000 usahawan serta meningkatkan profesionalisme di kalangan usahawan francais sedia ada, menerusi kursus dan program latihan dalam industri francais yang diperkukuhkan.

Katanya, PNS juga menyasarkan untuk menjana pendapatan berjumlah RM9 juta dalam tempoh lima tahun ini, yang mana 65 peratus daripadanya diperoleh melalui program latihan francais dan selebihnya bagi program latihan bukan teras yang terbuka kepada kakitangan serta orang ramai.

“Akademi francais memainkan peranan penting dalam Teras Utama bagi Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional yang dilancarkan baru-baru ini, bagi membangunkan kecekapan modal insan francais.

“Berdasarkan peranan ini, PNS akan melaksanakan pelbagai program pembangunan lebih serius termasuk memperkenalkan program francais kami untuk diterima pakai oleh semua universiti di seluruh negara, selain menjadi pusat pengajian tinggi sepenuhnya menjelang 2016. Ketika ini, Akademi Francais adalah antara bahagian di bawah PNS,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini panel penasihat Akademi Francais membangunkan 11 modul pembelajaran bagi melatih francaisi yang terbahagi kepada empat peringkat untuk ditamatkan peserta, manakala modul bagi francaisor masih dalam pembangunan dengan kerjasama syarikat perunding dari luar.

Katanya, setakat ini, PNS memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi mengeluarkan Diploma Eksekutif Francais kepada pelajar yang berjaya menamatkan kesemua 11 modul pembelajaran itu.

“Kami juga ke arah memeterai perjanjian sama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dijangkakan sebelum akhir tahun ini,” katanya modul berkenaan akan turut diperluaskan bagi pelajar tahun akhir di politeknik seluruh negara.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, setakat tahun lalu, Akademi Francais melatih kira-kira 1,400 orang dalam bidang francais, dan 10 daripadanya berjaya membuka perniagaan sendiri yang merangkumi bidang perhotelan, restoran dan kesihatan.

“Bukan itu saja, menerusi kaji selidik, usahawan francais yang mengikuti program latihan dan motivasi PNS juga didapati berjaya meningkatkan jualan mereka serta menguruskan perniagaan dengan lebih baik.

“Namun apa yang lebih penting, setakat ini PNS tidak berdepan sebarang masalah dalam mengutip semula pinjaman daripada peminjam yang mengikuti latihan francais daripada Akademi Francais, ini kerana mereka disemaikan mengenai pentingnya sikap membayar balik pinjaman bagi memberi peluang kepada bakal usahawan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, PNS menyasarkan pendapatan sebanyak RM1.4 juta tahun ini diikuti RM2 juta (2013), RM2.5 juta (2014) dan seterusnya meningkat sehingga mencapai RM9 juta pada akhir 2016, selain membangunkan lebih ramai pelatih di kalangan kakitangan PNS bagi mengurangkan kebergantungan kepada pelatih luar.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Banjir di Kampung Manjoi, Ipoh 20 hb Februari 2012 - 2

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu


Rumah penduduk Kampung Manjoi digenangi air.


Perhatikan paras air sungai dengan jambatan


Jambatan sudah berfungsi sebagai empangan.


Banjir di Kampung Manjoi, Ipoh 20 hb Februari 2012 - 1

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu


Pintu gerbang untuk memasuki Kampung Manjoi.


Rumah penduduk dinaiki air banjir.


Banjir di sebahagian kampong

Keindahan Tasik Bukit Merah

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu

Panorama indah di Tasik Bukit Merah

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA