TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 10 November 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XIII

Mekah & Madinah 1428H/2007
By Idris Talu

Gambar-Gambar Di Sekitar Mekah

Sebagai kenangan selama beberapa hari di Mekah semasa mengerjakan ibadah haji, penulis sempat mengambil gambar-gambar baik bersendirian mahu pun bersama kawan-kawan jemaah yang lain, sebagai kenangan ketika berada di sana.

Penulis di bilik di maktab al Janadiriah.

Penulis di Masjidil Haram.

Di dalam Masjidil Haram.


Di atas maktab al Janadiriah.

Sdr. Mad Rejab dari Alor Setar.

Isteri penulis bersama dua sahabatnya.

Isteri penulis dalam perjalanan balik dari Masjid al Haram.

Penulis cukup kasihan melihat isterinya yang masih kepayahan untuk berjalan kaki dari maktab ke masjid, pergi dan balik.

Tidak tergamak hati untuk menahannya dari pergi ke masjid, tetapi penulis tahu bahawa isterinya kurang berdaya untuk berulang-alik ke masjid.

Penulis bersama Sdr Md Rejab di hotel penginapan En. Junaidi.

Penulis dan En. Junaidi dari Singapura.

Penulis bertandang ke sebuah hotel di tepi Bukit Marwah, menemui sahabatnya En. Junaidi yang menginap di situ.

En. Junaidi berasal dari Sumatra Barat berkhidmat dengan sebuah syarikat di Singapura. Beliau pernah datang ke Ipoh atas urusan pekerjaannya dan bertemu penulis.

Rasa persaudaraan sesama urang Minang membuatkan kami sama-sama memahami keadaan hidup di perantauan.

Isteri penulis dan sahabat-sahabatnya.

Isteri penulis bersama-sama sahabat sebiliknya.

Sdr. Mad Jejab bersama isterinya.

Pasangan haji muda ini berasal dari Alor Setar, Kedah.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran