TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 5 November 2009

Perjalanan Suci Bahgian Ke-VIII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Suasana Semasa Berulang-Alik Antara Maktab Dan Masjid Al Haram Di Mekah

Jikalau biasanya kita menbaca cerita-cerita atau pengalaman yang agak kurang baik yang dialami oleh bakal-bakal haji semasa mengerjakan ibadah haji melalui akhbar-akhbar kita, kita akan menjadi seolah-olahnya kecut atau takut atau paling tidak terlalu berhati-hati apabila sampai di Mekah.

Pada halnya, suasana pertemuan tahunan hampir tiga juta umat Islam dari seluruh dunia ini, adalah berjalan cukup aman dan damai. Keperluan supaya kita selalu berhati-hati itu adalah keperluan biasa. Rumah kita di kampong pun kalau kita lupa tutup pintunya, kalau tidak dimasuki pencuri, mungkin dimasuki binatang berbahaya.

Oleh itu, berhati-hati merupakan kesiap-siagaan kita dalam hidup ini.


Suasana malam di depan sebuah hotel untuk jemaah dari Turkey.

Maktab al Janadiriah, Mekah.

Bendera Turkey bewarna merah.

Itu merupakan tanad bahawa ianya untuk jemaah warga Turkey.

Banyak hotel di Mekah milik Turkey.

Jemaah haji dari Turkey.

Jemaah berduyun-duyun bergerak balik ke hotel masing-masing dari Masjid al Haram.


Jemaah haji baru keluar dari Masjid al Haram, Mekah.


Jalanraya penuh sesak dengan jemaah.

Jemaah bergerak ke Masjid al Haram.

Gambar ini penulis rakamkan di sasjid yang disebut sebagai Masjid Kucing.

Jemaah baru keluar dari Masjid al Haram.

Suasana ini ialah di barisan kedai di sisi Masjid al Haram.



©IdrisTalu@2007

2 ulasan:

hang nadim berkata...

salamulaikum...Tuan Haji Mengerjakan ke tahun ni. semoga diberkati

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam wr wb,

Hang Nadim, kisah yang saya ceritakan ni, ialah pengelaman saya mengerjakan ibadah haji pada tahun 2007 dulu.

Dah dua tahun baru ada peluang nak berkongsi pengelaman dengan pembaca yang mungkin belum berkesempatan mengerjakan ibadah ini.

Budaya menulis pengelaman mengerjakan ibadah haji belum berkembang dalam masyarakat kita. Semoga budaya menulis untuk mengembangkan ilmu ini mendapat keredhaan Allah.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran