TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 25 November 2009

Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru Ipoh, Perak

By Idris Talu


Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 untuk membina dan membangunkan suatu masyarakat yang berteraskan modal insan cemerlang, kementerian dengan kerjasama Majlis Pemangkin Nasional (MAPAN), Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan suatu "Forum Perdana Ehwal Islam" di pekarangan Masjid al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh, pada 20 November 2009, bersamaan 3 Zulhijah 1430 yang lepas.


Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh.

Forum Ehwal Islam - Sesi Pertama di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Ipoh.

Forum dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi pertama yang bertajuk "Budak Nakal" dijayakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria (Mufti Negeri Perak), Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Hj Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia), DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah (Ketua Polis Negeri Perak) dengan dipengerusikan oleh Ustaz Ajib bin Ismail dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sesi kedua forum yang bertajuk "Adat Bertandang" yang dijayakan oleh Ustaz Mohammad Kazim bin Elias (Penceramah Bebas), Ustaz Long bin Kecik (Penceramah Bebas) dan Ustaz Azlan bin Abd Rahman (Jabatan Mufti Pahang) dengan dipengerusikan oleh Ustaz Ajib bin Ismail juga.

Yang Berbahagia Tan Sri Mufti Negeri Perak.

Idris Talu di Forum Ehwal Islam.


Antara penonton Forum Ehwal Islam di Taman Meru, Ipoh.

Tuan Haji Azmi Malik pun hadir sama.

Forum Ehwal Islam di Taman Meru, Ipoh.

Generasi muda memenuhi ruang Forum Ehwal Islam.

Suasana di Forum Ehwal Islam di Masjid Al-Muttaqin.

Khusyuk di Forum Ehwal Islam.

Penonton yang beramai-ramai di pekarangan Masjid Al-Muttaqin.

Kaum wanita cukup ramai yang datang.




©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran