TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 27 November 2009

Perjalanan Suci Bahagaian Ke-XVIII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu.

Membeli Buku Di Mekah dan Madinah.

Selama berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, penulis telah membeli beberapa buah buku dalam bahasa Indonesia dan Inggeris. Kebanyakan buku yang dijual di dua Tanah Suci ini diterbitkan dalam bahasa Arab. Agak menjadi kesulitan bagi kita mencari buku dalam bahasa lain.


Buku Sejarah Mekah.

Buku Sejarah Mekah karangan Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani ini dialihbahasakan oleh Anang Rizka Mesyhady. Ditulis dalam bahasa Indonesia setebal 200 mukasurat. Penulis membelinya pada 4 December 2007.

Bahagian dalam buku "Sejarah Mekah".

Buku ini dijual dengan harga RS15.00.

Buku Sejarah Madinah Bergambar.


Buku "Sejarah Madinah Bergambar" ini juga dikarang oleh Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani. Setebal 160 mukasurat. Masih dijual dengan harga RS15.00 rial sebuah.

Bahagian dalam buku "Sejarah Madinah Bergambar"

Buku "History of Makkah"

.......dan ini pula buku "History of Madinah"

Kedua-dua buku di atas, ditulis oleh sekumpulan penulis di bawah bimbingan Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri.

Penulis juga telah membeli sebuah album bergambar, iaitu gambar-gambar lama dan baru, tempat-tempat penting dalam perkembangan dakwah Islamiah baik di Mekah mahu pun di Madinah al-Munawarah. Harga RS60.00 sahaja. Penulis menjumpainya di sebuah kedai buku di sudut Utara Masjid Nabawi.

Kini penulis mencari CD bacaan ayat-ayat suci Al Quran.

Di dalam CD ini dihimpunkan bacaan semua surah al Quran oleh tuan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais. Ianya dipakejkan ke dalam 17 CD. Penulis lupa berapa harganya.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran