TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 31 Ogos 2010

Buah Dan Pohon Kasai

By Idris Talu.

Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “Pometia pinnata“ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat ianya tumbuh, seperti matoa, ganggo, jagir, jampania, kase, kungkil, lamusi, lanteneng, lengsar, pakam, sapen, tawan, tawang dan wusel.


Pucuk daun kasai - cantik, berwarna hijau kemerahan.

Buah kasai boleh digolongkan dalam kategori buah-buahan nadir. Saiz buahnya lebihkurang sebesar ibu jari tangan kita dan panjangnya sekitar 3 hingga 4 cm. Ketika muda, buahnya bewarna hijau muda bertukar merah keperangan bila mula agak tua. Apabila cukup masak ianya menjadi biru kehitaman.

Buah kasai yang cukup matang - kehitaman kulitnya.

Buah kasai di celah daunnya yang hijau.

Buah kasai.


Pada zaman dahulu, ketika belum ada lagi tali nylon untuk dijadikan jala untuk menangkap ikan, jala diperbuat menggunakan tali benang kapas yang tidak tahan lama apabila selalu terendam di dalam air. Penduduk kampong ketika itu, mengambil kulit pokok kasai dan dikeringkan. Setelah kering kulit pokok kasai tadi direbus di dalam periuk. Air rebusan kulit pokok kasai ini digunakan untuk mencelop jala yang diperbuat dari benang kapas untuk mengelakkannya daripada cepat rosak.


Proses mencelop jala benang kapas di dalam air rebusan kulit pokok kasai ini dinamakan “menyamak jala”. Pada masa dahulu, benang kapas juga dikenali sebagai “benang serban”.




Buah kasai yang cukup masak.




Isi buah kasai yang telah masak - bening tipis.



Kulit buahnya agak rapuh jika digigit, berisi bening tetapi tipis. Isinya cukup manis tetapi isi buahnya tidak mudah lekang dari biji buahnya. Oleh itu kita terpaksa mengulum-ngulum isinya untuk menikmati kemanisan buah kasai ini.


Buah kasai ini juga biasa dibuat bubur dengan dimasak bersama santan kelapa bercampur gula Melaka dan sedikit tepung jagung untuk memekatkannya.



Isi buahnya menyerupai isi buah bendara hutan atau isi buah mata kucing yang banyak terdapat di negeri Pahang Darul Makmur.

Isi buah kasai yang telah dikopek, enak dibuat serawa atau bubur dengan mencampurkan sedikit santan dan gula Melaka. Boleh dimakan bersama roti putih atau bersama pulut seperti yang kita buat dengan bubur isi buah durian.

Kepada yang belum merasakan nikmat bubur atau serawa kasai, boleh mencobanya.


http://idristalu.blogspot.com/

4 ulasan:

Aida Ali berkata...

Info yang berguna dan menarik dengan gambar yang jelas. Salam Merdeka dan Selamat meneruskan ibadah puasa

Idris Talu berkata...

Terima kasih Cikgu Aida,

Saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca tentang buah-buahan nadir yang semakin pupus dari kampung dan hutan negeri kita. Kelihatannya, rakyat biasa - pemblog - yang lebih prihatin tentang nasib buah-buahan nadir di negara kita.

Mereka yang dilantik dan diberi gaji yang tinggi supaya memulihara khazanah negara sedikit pun tidak ambil kisah tentangnya.

Selamat berpuasa, semoga Allah terus merahmati kita.

allil berkata...

I love this article by you, may this will benefit the new generations of Malaysia...

Unknown berkata...

Teringin nak makan buah kasai ni..before this mmg x tau pun ade buah ni..good info

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran