TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 13 Januari 2010

Lata Iskandar, di antara Tapah dan Ringlet

Tempat Berehat Tumpuan Pelancong
By Idris Talu



Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.

Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli.

Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar. (Catatan ini dipetik dari web resmi Majlis Daerah Tapah - http://www.mdtapah.gov.my/18)


Tumbuhan ditata rapi.

Air jernih di anak sungai di bawah lata.

Lata yang cukup nyaman.

Aliran lata tidak pernah berhenti.

Salah satu aliran cantik.

Menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Cukup indah dan menarik.






©idristalu.blogspot.com@2010

6 ulasan:

suhaila-ab berkata...

saya pernah ke sini..2 kali...tak mandi..air sejuk...hehehe

Idris Talu berkata...

Memang amat sejuk, mungkin kerana punca airnya dari kawasan pergunungan Titiwangsa yang tebal hutannya.

Kalau dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke bawah, bolehlah mandi. Kalau dari bawah ke Cameron, janganlah, nanti kesejukan bila tiba di Cameron.

Pengembara silam, berkata...

Patutnya En.deris try jalan dari ringlet ke sungai koyan,lipis..Walaupun tak berapa siap lagi tapi boleh lalu..baru mencabar..

Idris Talu berkata...

Kereta biasa boleh lalu ke? Masa dulu (dari Lepih) saya ke Kuala Medang dan Sy Koyan melalui Sg Ular. Kadang2 masuk ikut Batu Talam.

Masa dulu (awal 70an) selepas Cheroh ke Sg Koyan, masih hutan rimba.

Dah ada jalan ke dari Kuala Medang ke Aur Gading -> ke Merapoh?

Pengembara silam, berkata...

Cik Deris..Kalau hari tak ujan,kereta biasa pun blh lalu dari cameron Highland ke Koyan, adalah dalam 10km belum bertar..Kalau dgn 4X4 anytime blh lalu..Dari CH ke Koyan hanya sejam lebih je.. Saya dh beberapa kali lalu.
dari K.Medang ke Aur Gading blm ada jalan lagi tapi dari Bukit Betong ke Aur Gading-Chegar Perah dah ada jalan tapi sempit laa..jln kg.

Idris Talu berkata...

Kalau macam tu, boleh try lah. Masih teringat air jernih Sg Jelai di Kuala Medang. Masih ade ke ikan "batu ulu" di Kuala Medang?

Ada seorang anggota polis Kuala Medang, namaya Pah Hashim (asal Kuala Kangsar) cukup mesra dengan saya - kalau saya ke Kuala Medang, penoh kereta saya dengan hasil kampong - pisang, durian, keladi dan sebagainya.

Kami menjala bersama.

Banyak kenangan lama saya di Kuala Medang.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran