TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 27 Januari 2010

Cemperai - champeria griffithii

Idris Talu
Cemperai, nama latinnya champeria griffithii, adalah sejenis pokok renik yang daun mudanya dijadikan bahan sayuran orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Ada juga yang menyebutnya sebagai ciprih atau cimpri.

Pengalaman penulis dengan pucuk cemperai, ada dua jenis yang nyata, pertama yang daunnya berwarna hijau tua dan agak bulat bentuk daunnya, sementara yang satu jenis lagi agak keperangan warna daunnya dan berbentuk lebih panjang atau lonjong.

Semasa penulis bertugas di Kuala Lipis dalam tahun 1970an dahulu, ramai penduduk kampong menanam cemperai untuk dijadikan turus pagar. Batang cemperai bertindak sebagai turus pagar dan daunnya dijadikan sayur. Buahnya yang muda, berbentuk bundar itu juga boleh dijadikan sayur.




Pucuk muda cemperai jenis keperangan.

Pucuk cemperai sesuai dimasak manis bersama ikan bilis dan isi keledek manis seperti sayur bening kegemaran orang Jawa. Cemperai juga boleh dimasak lemak dengan cendawan sisir dan dicampur dengan udang kering.

Di sesetengah tempat cemperai dibuat ulam mentah dimakan bersama sambal kelapa. Kononnya, jika dimakan mentah begitu seseorang itu boleh kekal awet muda! Wallahuaklam.

Cemperai perang di pangkal pokok.

Cemperai jenis hijau tua, bekas ditebas orang, tetapi hidup semula.

Gambar-gambar yang penulis ambil ini di suatu kawasan tepi pantai. Nampaknya orang yang membersihkan pantai tersebut tidak kenal dengan pokok cemperai kerana penulis dapati banyak pokok cemperai di kawasan tersebut telah ditebas dan ditebang, malah ada yang dibakar. Tak kenal maka tak cinta !

Sayuran yang suatu masa dahulu menjadi hidangan keluarga diraja di dalam istana, kini tidak dikenali lagi.

©idrisismailtalu@2010

2 ulasan:

Pengembara silam, berkata...

makan banyak cemperai boleh pening...

Idris Talu berkata...

PS - Alah kut?

Kawan kala jumpa di pasar tani. memang kawan beli banyak, takdok problem pun.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran