Masjid Ubudiah yang terletak di Bandar DiRaja ini cukup indah senibinanya.
Masjid Ubudiah yang dibina agak berhampiran dengan Istana Iskandariah merupakan antara masjid yang terindah di Malaysia.

Mula dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, iaitu Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-28. Batu asas pembinaan masjid diletakkan oleh baginda pada hari Jumaat 26 September 1913.

Bangunan Masjid Ubudiah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-29, pada tahun 1917.




©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan