Penulis menemui “kapal korek” bijih timah ini secara tidak sengaja apabila menjalankan aktiviti memancing ikan di sekitar Tanjong Tualang, Perak.
Ianya kelihatan seperti monster besar di tengah tasek bekas lombong bijih timah yang kini tidak beroperasi lagi di situ.
Fungsi (tugas) kapal korek ialah mengorek tanah yang ada di depannya, kemudian diangkut ke dalam kapal ini untuk diasingkan bijih timah (tin ore) dari kelodak tanah-tanih yang pelbagai itu. Bijih timah cukup tinggi nilai harganya di pasaran dunia.
Jika anda ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan atau ke Pahang dan anda dapati banyak tasek terbiar, itu adalah merupakan bekas lombong bijih timah yang telah ditinggalkan. Jangan coba mandi di dalam tasek bekas lombong ini kerana dasar tasek jenis ini ianya tidak keras seperti dasar tasek semula jadi.
Dasar tasek bekas lombong bijih timah ini lembut dan jika kita terpijak, ia akan menyedut kita ke dalamnya.
Kapal korek ini merupakan tinggalan sejarah oleh penjajah kita yang telah mengorek khazanah dari dalam perut bumi tanah air kita. Yang tinggal kepada kita ialah besi ini yang menjadi bukti bahawa kita pernah dijajah mereka.
Kepada generasi muda harapan negara semoga ini menjadi pengajaran supaya kita tidak dijajah semula walau dalam bentuk apa sekalipun.
Kita masih malu menggunakan labu Sayong sebagai alat untuk sajian minuman, sedangkan bangga dengan peralatan meja makan yang diimport dari negara luar yang menunjukkan bahawa mereka masih terus menguasai/menjajah mental kita.
Kalau di Jepun hanya Yakuza yang suka dengan kereta import, kalau di negara kita? Nak tahu siapa Yakuza, tidak perlu susah-susah, Pakcik Google sedia membantu.
I took these photographs sometime in 2006.
The dredge is situated in an old tin mining pond near Tanjong Tualang.
Actually the dredge looks like a metal monster waiting for tourists. During its operation times, the dredge works continuously around the clock.
©IdrisTalu@2009
2 ulasan:
salam tuan haji..Beraya dekat Gerik tahun ni
Wa'alaikumussalam,
Insya Allah. Dulu di merket (pasar) Gerik tu ada orang jual siput kecau (hak pahit tu). Le ni takdak dah.
Dulu, anak sungai dalam kebun saya di Plang, banyak kecau, la ni penuh pasir, kecau pun lari - sebutir pun takdak!
Selamat berpuasa.
Idris Talu.
Catat Ulasan