By Idris Talu.
Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab, ramai yang terlupa atau tidak perasan bahawa tarikh hari ini iaitu 09-09-09. Ya hari ini 9 haribulan September tahun 2009 mengikut sebutan kita di Malaysia.
Penulis teringat satu nyanyian Banyuwangi yang penulis pinjamkan dari Youtube di jurai (column) sebelah kanan blog ini yang bertajuk "(W)ulan siji tanggal songo" yang dinyanyikan oleh Dian Ratih (yang juga menyanyikan lagu Isun Pasrah) yang membawa maksud "bulan satu, harinya sembilan." Agak terbalik bunyinya.
Di Jawa, penggunaan huruf (W) dan huruf (B) kadangkala bertukar ganti, contohnya (W) dalam wulan (bulan) dan watuk (cough). Sedangkan batok ialah tempurung kelapa. Biarkanlah. Lain padang lain rumputnya.
Berbalik kepada cerita tentang tarikh tadi, kalau kita bertanya kepada seseorang, "Ada atau tidak orang yang takut kepada tarikh atau haribulan?" Pasti orang akan berkata, mana ada orang takut pada tarikh.
Ingatkah kita dalam tahun 1999 dahulu, kita telah ditakut-takutkan dengan tarikh 2000. Kita digembar-gemburkan tentang kononnya, semua komputer, telecommunication systems, networking systems dan berbagai-bagai sistem lagi akan tunggang-langgang, akan havoc habis apabila kita meninggalkan tahun 1999.
Hampir seluruh dunia ditakut-takutkan oleh pedagang-pedagang perisian, sistem dan pelbagai alat lagi untuk menghadapi tahun 2000 yang dikatakan akan huru-hara kerana akan meninggalkan tahun 1999. Di Malaysia sahaja entah berapa ratus juta ringgit yang masuk kantung pedagang-pedagang tersebut.
Organisasi besar, organisasi kecil - habis kena kelentung. Apa yang hendak diherankan, bukankah ada lagu Melayu lama yang antara lain liriknya berbunyi, "......anaklah ikan dimakan ikan......" Ya, ikan juga yang makan ikan.
Wulan songo, tanggal songo.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 9 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
By Idris Talu Taman Gunung Lang is one of city attractions in Ipoh. Almost three km from city center, can be reached through Kuala Kangsar ...
-
By Idris Talu We planned to visit an Orang Asli village nearby (almost an hour boat ride). We had a small gathering as induction meeting as ...
-
By Idris Talu Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang penulis hormati dan kagumi kerana keilmuannya, kediplomasian beliau, dan dedika...
-
By Idris Talu Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru. Sarapan di Johor Bahru. Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Ba...
-
By Idris Talu Kenangan lama semasa belajar di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said di Lenggong. Gambar ini diambil semasa saya dan rakan-ra...
-
By Idris Talu Welcome to Ulu Kenas. Situated in Kuala Kangsar district. We have to take Kuala Kangsar-Manong route to reach there. How to g...
-
By Idris Talu Majlis ini diadakan oleh kawan-kawan serta bos-bos saya semasa di TOMA Perak dahulu. TOMA (Transmission Operation & Mainte...
-
By Idris Talu Peralatan untuk mencerap anak bulan yang digunakan kali ini kelihatannya hampir sama. Pusat-pusat pengajian tinggi yang terdap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan