TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 18 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXVI

Mekah & Madinah 1428H/2007
By Idris Talu

Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia.

Inilah saat yang paling menyayukan di hati penulis dan isteri serta dirasakan oleh semua jemaah yang datang menziarahi maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya - Saidina Abu Bakar Assyiddiq dan Saidina Umar Al Khatab yang dimaqamkan (kini) di dalam Masjid Nabawi, serta para pejuang Islam yang dikuburkan di Pekuburan Baqi'.

Penulis katakan "kini" kerana menurut riwayatnya, maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya berada di dalam rumah isteri Baginda, Aisyah binti Abu Bakar Assyiddiq dan rumah itu asalnya berada di luar Masjid Nabawi. Apabila Masjid Nabawi melalui proses pembesarannya, maqam Baginda dan sahabat-sahabatnya termasuk ke dalam Masjid Nabawi.

Selepas shalat Subuh terakhir di Madinah, penulis beserta jemaah-jemaah lain beratur rapi untuk menziarahi maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya, Saidina Abu Bakar Assyiddiq dan Saidina Umar Al Khatab.

Suasana cukup sayu, penulis tidak dapat menahan air mata dari membasahi muka. Selepas memberikan salam kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya, berdoa semoga berpeluang lagi beribadah di Masjid Baginda dan menziarahi Baginda di lain masa lagi.

Dalam arus jemaah yang semakin ramai itu dengan mata yang sudah kemerahan menahan kesedihan untuk berpisah dengan Baginda Rasullullah صلى الله عليه وسلم‎ dan masjidnya, penulis keluar sambil terus melihat kubah berwarna hijau yang di bawahnya terletaknya maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ . Ramai jemaah yang keluar bersama penulis, menangis teresak-esak bila keluar dari maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ .

Itulah bukti kecintaan dan kasih sayang umat Islam dari segala penjuru alam ini, kepada junjungan mereka, Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ yang telah membawa cahaya keIslaman kepada seluruh alam ini.




Bahagian Selatan Masjid Nabawi - di bawah kubah bewarna hijau itulah beradanya maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ di samping dua sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar Assyiddiq dan Saidina Umar Al Khatab.

Penulis, selepasah ziarah wida' ke maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabat Baginda.

Selamat tinggal ya Rasulullah, semoga berkesempatan datang lagi.

©IdrisTalu@2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXV

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah.

Semasa berulang-alik pergi dan balik ke Masjid Nabawi untuk menunaikan shalat fardhu dan sunat, penulis berkesempatan mengambil gambar-gambar suasana kehidupan di sekitar luar Masjid Nabawi dan pesekitaran hotel-hotel yang banyak di bandar Madinah Al Munawwarah ini.






Suasana jemaah bergerak ke Masjid Nabawi untuk shalat.

Selepas shalat, ribuan jemaah bergerak untuk pulang ke kediaman masing-masing.


Pedagang di sepanjang jalan ceria berjualan.


Suasana meriah walau pun agak sebok.

Walau pun agak bersesak-sesak, tetapi semuanya sabar bergerak pulang.


Suasana sebelum keluar dari pagar Masjid Nabawi.

Jemaah berduyun-duyun kembali ke kediaman masing-masing.

Suasana pedagang kecil berniaga di sekeliling hotel kediaman kami.

Penjual buah-buahan tetap diminati para pembeli.

Suasana di sekeliling hotel agak tenang, tidak sebok sangat.

Ada restoran masakan Indonesia di sini.

Restoran SiDoel Anak Madinah.

Kawasan kedai makan.

Restoran tumpuan jemaah.

Hotel penginapan kami.



©IdrisTalu@2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXIV

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Lawatan Ke Masjid Qiblatain dan Universiti Islam Madinah


Masjid Qiblatain merupakan salah satu masjid yang bersejarah dalam sejarah Islam kerana di sinilah turunnya wahyu mengizinkan hasrat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم‎ untuk berkiblatkan ke Masjidil Haram di Mekah.




Gambar salah satu pintu masuk ke Universiti Islam Madinah. Foto ini penulis ambil dari dalam bas yang sedang bergerak. Agak ramai juga pemuda-pemuda (universiti ini tidak menerima pelajar wanita) kita yang belajar di universiti ini yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Saudi Arabia (KSA). Menurut pelajar universiti yang menjadi pemandu pelancung kami, mereka diberikan elaun poket sebanyak RS800 setiap bulan selain semua biaya belajar, makan minum serta penginapan diberi percuma oleh Kerajaan Saudi Arabia.

Sebahagian dari Masjid Qiblatain.

Menara Masjid Qiblatain.

Pohon khurma di samping Masjid Qiblatain.

Penulis di sisi Masjid Qiblatain.

©IdrisTalu@2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXIII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Lawatan Ke Lembah dan Bukit Uhud


Lawatan atau ziarah ke Lembah Uhud mengingatkan kita kembali peristiwa Perang Uhud di mana Pasukan Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم‎ telah mengalami kehilangan banyak pejuang Islam yang handal seperti Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib dan lain-lain lagi.

Perjuangan dan pengorbanan mereka dalam menegakkan syiar Islam akan tetap dikenang oleh seluruh umat Islam sampai ke akhir zaman nanti.





Bukit Uhud yang menjadi saksi Perang Uhud.

Kawasan kuburan para Syuhada Uhud di dalam kawasan berpagar.

Kawasan kuburan Syuhada Uhud, tanpa batu nisan.

Madrasah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib.

Madrasah Saidina Hamzah.

Madrasah yang sama.

©IdrisTalu@2009

Khamis, 17 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Lawatan Ke Ladang Khurma


Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain dan seterusnya ke ladang khurma di pinggir Madinah.

Keistimewaan di ladang khurma ini, para pengunjung diizinkan makan khurma tanpa had, makanlah sampai kenyang kata penjual yang membantu tuan ladang khurma tersebut.

Malah, kami disediakan air teh yang cukup banyak untuk diminum secara percuma - tanpa bayaran, siap dengan meja dan kerusinya sekali.

Kebanyakan pekerja di ladang khurma ini ialah orang Indonesia, ramah dan mesra bila bercakap dengan pengunjung.




Khurma Madinah cukup lazat dan terdiri dari buah baru.

Entah ape product ni?

Khurma dalam pakej istimewa.

Pilihlah, semuanya cantik dan lazat.

Tokeh khurma tunggu timbang saja dan terima bayaran.

Khemah jualan khurma menggunakan daun khurma sebagai atapnya.

Makan, makanlah! Seru jurujual di situ.

Ladangnya cantik dan bersih.


Yang di tengah ladang itu ialah taliairnya.

Orang Gua Badak sesat dalam ladang khurma di Madinah.

Kami dijamu khurma lazat beserta air teh Arab yang pekat tu.

Pak Haji dengan Mak Haji takleh berenggang!



©IdrisTalu@2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXI

Mekah & Madinah 1428H/2007M
Hotel tempat kami menginap selama lapan hari di Madinah Al Munawwarah

Kami diberikan hotel ini sebagai tempat penginapan kami selama berada di Madinah Al Munawarrah oleh pihak pengurusan Tabung Haji Malaysia. Hotel mewah ini letaknya sekitar 100 meter sahaja dari Masjid Nabawi.

Cukup dekat dengan masjid, mengurangkan kepenatan kepada kami yang telah masuk usia emas ini. Tidak menjadi sebarang masalah kepada kami untuk berulang-alik ke masjid untuk beribadah.


Ruang executive lounge yang cukup selesa.

Bilik yang cukup lapang.

Restoran Al Rawdah.

Bilik yang cukup selesa.

Bilik deluxe.

Sebahagian kemudahan Hotel Al Haram.

Makanan yang disediakan.

Tea Garden dengan kemudahan wireless internet.

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXX

Mekah & Madinah 1428H.2007M
By Idris Talu

Pemandangan Di Sekitar Madinah Al Munawwarah.

Gambar-gambar ini diambil penulis sekitar berjalan-jalan di sekeliling Hotel Haram di bandar Madinah al Munawwarah.



Jemaah baru keluar dari Masjid Nabawi.

Ramai yang berjualan di tepi pagar Masjid Nabawi.

Pokok khurma ditanam di tepi hotel.

Membeli-belah selepas sembahyang.

Pengurup wang di Madinah.

Enjoy shopping selepas sholat.

Suasana meriah di jalan-jalan antara hotel.

Suasana ceria sepanjang jalan.

Buah-buahan di Madinah cukup segar. Lihat pisangnya.

Ramai penggemar buah-buahan di Madinah.

Suasana Masjid Nabawi di waktu malam.



©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Terdapat ralat dalam alat ini

Tajuk Kegemaran