TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 30 Mei 2010

Pokok Pinang

Pantun Tentang Pinang

Batang pinang akarnya licin,
Batang cangkah akarnya mati;
Orang bertunang bertukar cincin,
Kalau berkasih bertukar hati.

Berbekal sirih pergi ke Jedah,
Buah kedondong kirim kembali;
Bercerai kasih bukannya mudah,
Hendak bergantung tidak bertali.

Buah pinang tumbuh di parit,
Pucuk rebung tepi ruang;
Untung tuah kalau baik,
di mana tercampak tidak terbuang.





Buah pinang berbelah dua,
Sayang dibelah oleh Cik Dayang;
Apa dikenang sanak saudara,
Memang sudah nasib berdagang.

Buah pinang dipegang-pegang,
Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
Air mata jatuh ke lutut.

Buah pinang dalam pagar,
Mari jual anak Melayu;
Air tenang jangan ditawar,
Jadi gelombang saya tak tau.

Encik Saad membeli pinang,
Pinang dibeli Kampung Sena;
Puan ingat saya kenang,
Baru boleh kawan lama.

Dipetik dari Kolum Sirih Pinang, Pantun Melayu, Perpustakaan Negara.
Source: http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-17.htm

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Tuan Haji,

I
Amboi! indahnya pantun pinang
cantik tersusun bersiri pula
jaman muda usah dikenang
rasa nak meleleh air mata.

Idris Talu berkata...

Tuan Haji Hashim di Lepih,

Dari Lenggong hendak ke Relong
Cikgu Berahim tunggu di Mela,
Jaman muda usah dimenung
Untung badan, kita rela.

Cikgu Berahim tunggu di Mela
Makan derian dengan santan pulutnya,
Untung badan, kita rela
Dah tua, kita terima seadanya.

Wassalam.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran