(Oleh Tuan Haji Duan Yusof)
Bahan-bahannya
:
Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih
Kurang 1 kilogram…Lobih pon bulieh…
Seeloknya gunakan daging segar
Santan- RM 3.00 (lobih kurang sotongah liter santan segar)
Kunyit, daun kunyit, serai, lengkuas, daun limau
purut,bawang kecil, kerisek, garam, limau nipis, dan cili api – secukup rasa.
Cara
membuatnya :
Untuk membuat kuahnya,
daging di rebus dengan air santan cair sehingga lembut. Kemudian daging
diasingkan dan ditoskan Selepas itu dihiris mengikut kesesuaian dan kesukaan
kita, mahu pendek atau panjang, mahu tebal atau nipis, sesuai cita rasa
masing-masing.
Air santan yang digunakan untuk merebus daging tadi,
dicampor dengan pati santan, daun kunyit, serai, isi kunyit hidup, daun limau
purut, garam secukup rasa dan sedikit lengkuas untuk di jadikan kuah.
Kuah dah kira siap.
Daging tadi yang telah di hiris, digaulkan dengan
bawang kecil yag telah dihiris halus, cili padi yang ditumbuk kasar - secukup
rasa (Tapi urang rawo kono podeh sikit
baru ngam), air limau nipis, kerisik sampai sebati.
Ketika makan campur kerabu daging tadi dengan kuah yang
disediakan tadi, dimakan dengan nasi putih. Kalau kono caronyo, ompek pinggan
nasi abih tak teraso…
Insyaallah selamek mencubo…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan