Courtesy: Berita Harian, 7 Julai 2006
TAIPING: Keropok kulit rusa sebagai makanan ringan adalah antara produk terbaru yang dipamerkan kepada orang ramai sempena Ekspo Industri Halal Perak 2006 di sini, yang bermula semalam.
Keropok berkenaan yang diperkenalkan sejak dua bulan lalu oleh Pusat Ternakan Haiwan di Lenggong dekat sini, bukan sekadar menjadi makanan ringan sebaliknya menjadi makanan berkhasiat.
Pengurus Pusat Ternakan Haiwan Lenggong, Dr Rafiah Aini ketika ditemui di tapak ekspo berkata, kebiasaannya kulit rusa digunakan untuk membuat jaket dan dijual pada harga mahal sehingga ada yang mencecah RM500 sehelai.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya membuat kajian bagi membolehkan kulit haiwan itu dimakan.
"Lemak tidak tepu yang terkandung dalam kulit rusa baik untuk jantung serta membantu melancarkan peredaran darah selain mengandungi kolesterol baik.
"Walaupun ia mungkin mengakibatkan badan panas tetapi ia mempunyai kandungan protein yang tinggi," katanya.
Dr Rafiah bagaimanapun berkata, kadar `kepanasan' keropok bergantung sepenuhnya kepada komposisi kulit rusa yang diadun dengan tepung bagi menjadikannya sebagai keropok tetapi masih tidak menggunakan sebarang bahan perasa atau pengawet.
Beliau berkata, rasa keropok kulit rusa agak tawar kerana tidak mempunyai sebarang perisa tambahan dan kini dijual RM50 sekilogram, bagaimanapun tetap mendapat permintaan orang ramai yang ingin mencuba.
Selain keropok kulit rusa, pengunjung boleh mencuba dan membeli pekasam daging rusa yang turut dipamerkan pada ekspo yang berlangsung sehingga 9 Julai ini di Taman Tasik Taiping.
Keropok kulit rusa itu diusahakan sebuah syarikat tempatan dengan bantuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pusat ternakan itu sejak dua bulan lalu selepas mencuba beberapa kaedah menghasilkan produk makanan baru berasaskan rusa.
"Mereka yang berminat dan mempunyai idea baru untuk mempelbagaikan produk ini boleh menghubungi kami di talian 05-7982880," katanya.
FAKTA NOMBOR
Produk kulit rusa
RM500 - Harga sehelai jaket kulit rusa
RM50 - Harga sekilogram keropok kulit rusa
Sumber: http://www.jphpk.gov.my/Malay/Jul06%207b.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
-
By Idris Ismail Talu Pisang kaki, atau 柿., atau 柿子, atau 감 atau persimmons. Buah yang berbentuk seakan-akan buah tomato atau terong ini dis...
6 ulasan:
Macam mana rasanya yaa..bagus juga jika ada keropok semacam nie, bagi mengantikan keropok yang berperisa yang lain yang pasti byk bahan kimianya.
lama dulu ada sedara kat kechau beri kami kulit rusa utk dibakar dan dcampur air masak sbagai ubat asma anak kami. keberkesanannya? wallahu a'lam, mklum la ianya petua tanpa kajian santifik.
En. Yassin, kawan sendiri belum pernah rasa lagi. Setiap kali ke Lenggong, tak singgah di tempat ternak rusa ini.
Masa kawan dok di Lepih dulu ada dijual di pekan sari Dong, keropok kulit kerbau. La ni tak tau le. Sedap dimasak lemak dengan kulat sisir pokok getah mati.
kalau di Indonesia boleh tengok di sini:-
http://www.silungkang.com/index.php?option=com_content&task=view&id=182&Itemid=33
En. Piewahid - Anak kedua kawan, masa kecik dulu memang masalah asma. Nak kata setiap minggu kut kerap sangat, boleh kata setiap bulan kerja ambik ubat saja di klinik.
Sekali, masa di klinik, ada satu perempuan Cina kata, "Lu cuba itu telur puyuh, kasi 1 biji satu hari." Orang rumah kawan coba le, rebus telur puyuh setiap hari, tapi jgn bagi banyak ke anak kita, bagi sebiji saja sehari.
Dengan izin Allah, sembuh sampai la ni. Yang kahwin pakai busana Minangkabau tu lah anak kawan yang asma masa kecik dulu.
jazakallah khaier.. terima kasih atas petua yang diberi. insyaAllah kami cuba
En. Piewahid,
Insya Allah, kita berikhtiar, Allah yang menyembuhkan.
Catat Ulasan