Credit Photography: En. Azmi Jamaludin dan En. Azizan Jamaludin
Tasik Temengor merupakan tasik buatan manusia terbentuk apabila terbinanya Empangan Temengor di Kuala Temengor, iaitu di pertemuan antara Sungai Temengor dan Sungai Perak.
Ada orang entah dari mana datangnya, mengeja Temengor sebagai Temenggor. Siamang dalam hutan Temengor pun tergelak kalau kita sebut Temenggor. Boleh periksa dalam peta asal negeri kita, bagaimana ejaan Temengor.
Kampong tradisi orang Melayu di Temengor tenggelam sepenuhnya, kini berada di dasar Tasik Temengor. Sementara sebahagian dari kampong Melayu Belum Lama, tenggelam dan sebahagiannya masih menjadi tanah daratan, tetapi semua penduduknya telah dipindahkan ke Kampong Belum Baru, di Kenering.
Penduduk Kampong Melayu Temengor pula dipindahkan ke Kampong Air Ganda Temengor, berhampiran Dala.
Tolong jangan tanya penulis apa maknanya "Belum Baru" dan juga apa maknanya "Belum Lama?" Pengsan penulis nak menjawabnya. Kalau tanya kepada isteri penulis, sebab dia orang Rembau, dia mungkin jawab, "Tak dapek den nak manolongnyo!"
Walau bagaimana pun, Tasik Temengor memang mewah dengan ikan. Nak ikan apa, kabo saja!

Sebarau, tengalan, lampam.........
Sedia untuk dipanggang.......
Sudah masak pun......rasa sikit....
4 ulasan:
aduh sedapnyer ikan2 tu uncle!! :)
Wanita - Kalau yang suka ikan air tawar, memang berselera tengok ikan panggang + air asam untuk perencahnya.
Temaptnya di Royal Belum, coba tanya dengan uncle Google images, macamana rupanya Royal Belum.
Terima kasih, sudi singgah.
wow ikan lampam jawa ke?? best ni goreng rangup pun best..tapi tulang byk
WaQheh - Semua ikan yang sedap, tulangnya banyak, seperti kelah, jelawat, tengas dsb. Tengalan tidak banyak tulang, tapi masih yang antara ikan top, di Gerik harganya RM25.00 per kg.
Di Temengor saya tak pernah jumpa lampam jawa, yang ada lampam sungai (ekor merah), lampam jawa putih semuanya.
Tq, sudi singgah.
Catat Ulasan