TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 30 Mei 2010

Pokok Pinang

Pantun Tentang Pinang

Batang pinang akarnya licin,
Batang cangkah akarnya mati;
Orang bertunang bertukar cincin,
Kalau berkasih bertukar hati.

Berbekal sirih pergi ke Jedah,
Buah kedondong kirim kembali;
Bercerai kasih bukannya mudah,
Hendak bergantung tidak bertali.

Buah pinang tumbuh di parit,
Pucuk rebung tepi ruang;
Untung tuah kalau baik,
di mana tercampak tidak terbuang.





Buah pinang berbelah dua,
Sayang dibelah oleh Cik Dayang;
Apa dikenang sanak saudara,
Memang sudah nasib berdagang.

Buah pinang dipegang-pegang,
Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
Air mata jatuh ke lutut.

Buah pinang dalam pagar,
Mari jual anak Melayu;
Air tenang jangan ditawar,
Jadi gelombang saya tak tau.

Encik Saad membeli pinang,
Pinang dibeli Kampung Sena;
Puan ingat saya kenang,
Baru boleh kawan lama.

Dipetik dari Kolum Sirih Pinang, Pantun Melayu, Perpustakaan Negara.
Source: http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-17.htm

Keindahan Tasik Chenderoh, Lenggong

By Idris Ismail Talu











©idrisismailtalu@2010

Stesen Keretapi Kuala Kangsar

By Idris Ismail Talu


Rasa seperti di dalam film "Wild Wild West" pulak, cuma tidak ada kuda dan "cowboy" nya. Walau bagaimana pun kawasan stesen cukup kemas, bersih , sedap mata memandangnya.

Masih dalam keadaan asalnya, walau pun sudah dimamah usia

Masih kekal dalam bentuk lamanya - antik, cantik dan bersih.

Tetap kemas dan menarik.

Maklumat yang lengkap.


©idrisismailtalu@2010

Sabtu, 29 Mei 2010

Pavilion Kuala Kangsar

By Idris Ismail Talu

Bangunan pavilion ini dibina di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Menurut ceritanya, pavilion ini telah dibina dalam tahun 1920, iaitu di masa pemerintahan Sultan Iskandar Shah.

Sultan Iskandar Shah memerintah negeri Perak Darul Ridzuan mulai dari tahun 1918 sehingga tahun1938.






Arkitek pembinaan pavilion ini ialah N.E.Don B.C.D. Pavilion ini digunakan sebagai tempat Sultan Iskandar berehat selepas bermain polo di padang yang berhampiran.


Kini, menara pavilion ini sudah tidak lagi digunakan , sebaliknya ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan para pelancong yang berkunjung ke Kuala Kangsar.


©idrisismailtalu@2010

Dara Walaupun Sudah 133 Tahun Usianya

By Idris Ismail Talu.

Pokok getah asli ini juga dikenali sebagai karet di negara jiran kita, Indonesia, lebih dikenali sebagai “hevea Brasiliensis” di seluruh dunia. Ianya merupakan tanaman yang berasal dari Brazil. Gambar pokok getah ini, penulis ambil di kawasan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar.

Pokok getah ini mula ditanam dalam tahun 1877. Oleh itu, usianya kini sudah 133 tahun dan kelihatannya masih segar dan sihat.

H.N.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama di Malaysia.

Sumber: http://www.mpkkpk.gov.my/web/guest/getahst


Dinamakan "Getah Dara" kerana belum pernah ditoreh orang!

"Getah Dara" Kuala Kangsar.

©idrisismailtalu@2010

Jumaat, 28 Mei 2010

Pusat Islam Ipoh

By Idris Ismail Talu

Bangunan Pusat Islam Ipoh ini menempatkan pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, serta Bank Islam Malaysia cawangan Ipoh.



Bahagian belakang bangunan.



Bahagian depan bangunan yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Ipoh.

Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan

By Idris Ismail Talu.

Bangunan Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan ini terletak di Jalan Tun Razak, Ipoh - agak hampir dengan Kampong Manjoi.





Masjid Negeri Perak Di Ipoh.

By Idris Ismail Talu

Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Negeri Perak. Nama sebenarnya ialah Masjid Sultan Idris Shah Ke II. Masjid ini terbina bersebelahan jalan dengan Stesen Keretapi Ipoh.







Stesen Keretapi Ipoh

By Idris Ismail Talu

Stesen keretapi Ipoh, yang telah dibina sejak zaman penjajahan dulu lagi. Hampir sama dengan kebanyakan binaan tinggalan British di India.



Stesen dilihat dari sisi kiri bangunan tersebut.

Bahagian sisi paling kanan stesen.

Kubah bahagian tengah stesen.

Senja menghampiri stesen.

Pesta cahaya alam di stesen keretapi Ipoh.

Senja semakin larut di Ipoh.

Khamis, 27 Mei 2010

Kuala Kangsar Dan Sekitarnya

Idris Talu

Kuala Kangsar, Bandar DiRaja - memang terkenal dengan kebersihan dan keindahannya. Nikmatilah keindahan pesekitaran bandar ini. Sungainya yang bersih, tebingnya yang dirawat indah.




MCKK - Malay College Kuala Kangsar, tersergam indah.

Sungai Perak dengan tebingnya dijaga rapi dan indah.

Jambatan Sultan Abdul Jalil menambah indahnya panorama Kuala Kangsar.

Bersih dan indah - Kuala Kangsar.

Resort Perak Riverside.

Resort di tepi Sungai Perak di Kuala Kangsar.

Jambatan Sultan Abdul Jalil menjelang senja.

 

Tasik Chenderoh

By Idris Ismail Talu

Pemandangan menarik ini boleh dilihat di Rehat dan Rawat, di Jalan Kuala Kangsar ~ Lenggong, berhampiran Jembatan Raja Muda Dr Nazrin. Kawasan di sini masih tetap cantik dan unggul. Ramai pengguna jalan ini terutamanya yang berulang-alik di antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung, akan singgah untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan mereka.



R & R di jalan lama.

R & R baru, hampir lengkap untuk kemudahan pengguna.



Pemandangan di sekeliling R & R.









Jambatan Raja Muda Dr Nazrin.

R & R di jalan lama Kuala Kangsar ~ Lenggong.

Rabu, 26 Mei 2010

Mengawal Tutur Kata

By Idris Ismail Talu.



Kita adalah dipertanggungjawabkan keatas setiap patah perkataan yang kita sampaikan atau tuliskan atau sebarkan. Dalam hubungan ini, Baginda Rasulullah S.A.W. sangat berhati-hati kerana amat takutkan kepada Allah S.W.T. tentang bahayanya berkata-kata yang tidak sepatutnya kita lakukan.

Menurut buku ini lagi, Anas menceritakan bahawa seorang pemuda dari golongan Ansar telah gugur syahid pada hari Perang Uhud. Kami dapati di atas perutnya terikat batu kerana lapar. Maka ibunya menyapu tanah pada mukanya sambil berkata: “Selamat! Syurga bagimu wahai anakku!” Maka Nabi Muhammad S.A.W. pun menjawab kata-kata ibu tadi dengan sabdanya: "Dari mana engkau tahu? Mungkin ia (si mati) ada berkata-kata perkara yang tidak perlu, dan ia tidak berkata-kata perkara yang tidak mendatangkan mudarat baginya!” – (Hadith riwayat at-Tarmizi daripada Anas).

Kepada yang ingin tahu selanjutnya, tentang bahayanya berkata-kata yang tidak perlu, anda boleh membaca buku “Mengawal Tutur Kata” tulisan Tuan Haji Johari bin Haji Alias yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka edisi 1997 ini.

Menurut buku ini, kita dilarang membuat pertanyaan-pertanyaan yang boleh membawa kepada bahaya. Contohnya, kita bertanya tentang ibadat seseorang sahabat, “Anda berpuasakah?” Jika sahabat kita menjawab, “Ya,” maka sahabat kita tersebut telah menonjolkan ibadahnya dan tumbuhlah riak di hatinya. Jika sahabat kita itu menjawab “Tidak”, maka nyatalah sahabat kita itu telah berbohong. Apatah lagi kalau sahabat kita itu berdiam diri, tidak mahu menjawab pertanyaan kita, dia sudah dianggap menghina kita. Kita akan berasa sakit hati kepadanya.

Begitulah jadinya jika kita bertanya tentang sesuatu yang tidak perlu. Kita akan mendapat dosa dan orang kita tanyai pun bertambah dosanya kerana lidah kita yang suka bertanya tentang sesuatu yang tidak perlu.

Selamat membaca.

©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran