TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 2 Mei 2010

Teratak Minang

Seni dan budaya rapatkan hubungan antara negara

Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh: 03 Mei 2010

KUALA LUMPUR 2 Mei - Hubungan baik antara negara dapat dimesrakan lagi menerusi seni dan budaya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Walaupun Menteri Luar kita pergi dari negara ke negara lain untuk berurusan di meja perbincangan, ia tidak dapat mengatasi aspek seni budaya yang dapat mencantum hubungan dua hala antarabangsa dan masyarakat.





"Malam persaudaraan menerusi seni seperti ini telah terbukti setapak lagi bahawa hasrat intipati kita untuk mewujudkan seni budaya tercapai" katanya berucap sebelum menyaksikan pementasan teater muzikal bertajuk "Teratak Minang" di Istana Budaya di sini malam ini.

Yang turut hadir menyaksikannya ialah Gabenor Sumatera Barat, Marlis Rahman, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran