TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 22 Januari 2010

Ngaku - Arrowhead

By Idris Ismail Talu

Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berair di negara China. Penulis belum pernah melihat bagaimana tanaman ini ditanam di sana.

Yang peliknya “ngaku” ini boleh di dapati hanya di musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja. Di luar musim tu, jangan carilah, “tak dapek den nak nolongnyo.”

Ngaku yang penulis beli, 2.366kg beharga RM5.87 saja.

Semalam, (22 January 2010) penulis membeli sedikit di sebuah pasaraya di Ipoh ini. Ianya kini bukan dimakan oleh orang Cina sahaja, sudah jadi 1 Malaysia.




Cara untuk memasaknya cukup mudah. Selepas dicuci kulitnya, samada dengan pisau atau dengan tangan sahaja di dalam air, potong nipis-nipis dan toskan. Campurkan sedikit garam halus dan boleh terus digoreng. Rasanya cukup krispi.

©idrisismailtalu@2010

9 ulasan:

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

mmm, tak pernah cuba lagi.

* klik nuff utk tuan rumah

Jijahh @ f.k berkata...

ingatka water chestnut... sedapnye ..

ape pun .. jijah masih tertanya tanya cemana dorang makan kacang yg ada tanduk tu? pernah tengok tak? macam kepala lembu .. ada tanduk dua kiri kanan and warna hitam .. (sejenis kekacang)

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam,

Cikgu kena coba, potong nipis, seeloknya goreng sekejap saja, jangan sampai perang, jadi pahit - biar masih keputihan warnanya.

Terima kasih daun keladi, kita sama-sama klik.

Idris Talu berkata...

Satu jenis water chestnut - iaitu yang kita sebut sengkuang Cina - isinya agak pejal dan manis. Besar ubinya lebihkurang sebesar ibu jari kaki kita.

Yang satu lagi tu, yang bertanduk tu "trapa natans" agaknya? Kalau "trapa natans, nak tau rupanya, boleh tanya Mamak Gugel, insya Allah dia bagi tau.

Terima kasih Jijah.

Aida Ali berkata...

Saya pun tak pernah makan. Nanti bila-bila nak cubalah.

Hashim Zabidi berkata...

Mana sedap dengan ubi kemili, tuan haji....?

Idris Talu berkata...

Tuan Haji, ubi kemili ada keistimewaan yang tersendiri. Ngaku terasa lebihkurang macam kentang.

Elok dimakan segera selepas digoreng, kalau biar lama dia lembik. Potong nipis-nipis macam orang buat krepek ubi kayu atau krepek pisang.

Semakin dekat dengan Tahun Baru Cina semakin murah harganya.

Selamat mencoba.

Idris Talu berkata...

Aida - Sebenarnya bukan semua Cina Malaysia tahu makan "ngaku" ni. Pernah kejadian semasa saya memilih ngaku di sebuah pasaraya, seorang lelaki Cina bertanya saya, "How to eat these?"

Saya pulak terangkan pada dia macam mana makan ngaku. Kira ok lah.

Boleh coba - sebab ngaku hanya boleh didapati di musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja.

عبدالله الراعي berkata...

Good morning. China Arrowhead Ngaku Bolehkah anda beritahu saya tentang manfaat ini

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran