TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 14 Jun 2009

Bali - Visit 2006 - Part2

By Idris Talu

Bali Dynasty Resort, resort tempat penginapan kami selama kami berada tiga hari dua malam di Bali:

Bilik 284 yang penulis dan isteri diami.
Cukup menarik, bersih dan teratur. Amat selesa untuk kami berdua.

Cukup cantik dan menarik.

Bilik 284, Bali Dynasty.

Ukiran di bingkai cermin hias dalam bilik kami yang bernombor 284.

Salbiah siap sedia untuk sarapan di kafe resort.


Suasana pagi yang nyaman di Bali buat kami berdua. Nak makan apa? Pertanyaan bersama. Bagi saya cukup dengan roti ban yang masih panas dan menyelerakan itu. Namun bagi Salbiah, dia teringatkan mi kari Kak Yah di Taman Kledang.

Santai di Dynasty Bali.


Susunatur makanan yang simple tetapi kemas dan bersih. Makanan diletakkan di dalam dulang, di atas tempayan yang menarik. Simple, isn't it?


Tempayan dilukis indah.

Tataatur yang simple tetapi menarik.


Di antara roti kegemaran saya. Masih teringat roti Perancis di Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang yang menyelerakan dulu.

Roti kegemaran penulis.

Tempayan yang cantik. Unik persembahannya.

Seorang pelancong Barat sedang memilih makanannya. Sejak peristiwa pengeboman dahulu, jumlah turis Barat ke Bali turun mendadak.

Salbiah di tepi sebuah kedai dalam Dynasty Resort.

Kami beramai-ramai di depan Dynasty Resort sebelum melihat Tarian Barong dan melontar di Batu Bulan, Gianyar.

Salbiah posing depan Dynasty Resort.

Taman bentuk atau cara Bali di depan resort.

Suasananya landskapnya asli Bali.

Akar pohon beringin dibiarkan bergayutan. Dalam novel satira "Putera Gunung Tahan" penulisnya, Pak Sako menceritakan bagaimana salah seorang watak dalam novelnya itu (seorang mat saleh) berupaya melihat kekasihnya berlaku sumbang dengan rakannya di England melalui akar beringin seperti ini. Di kala itu belum ada lagi video conferencing atau CCTV seperti sekarang. Kiranya Pak Sako sudah mendahului zamannya dalam imaginasinya (betul ke ejaannya?).

Bas yang akan membawa kami ke Batu Bulan.

Kumpulan muzikal tradisi Bali yang akan mengiringi persembahan "Sekehe Barong" di Puri Anom, Batu Bulan. Persembahan mereka cukup menarik. Audien hampir penuh di panggung.

Persembahan yang menarik.

Cerita "Sehe Barong" dipentaskan.

Sehe Barong - epik lama Hindu.

Akhirnya tamatlah persembahan Barong. maka kami pun beredarlah ke tempat jualan pelbagai produk Bali di Batu Bulan tersebut. Ramailah yang "melontar" uang di sini.

Taman bentuk Bali di samping panggung tempat pementasan "Sekehe Barong."

Salah satu kelebihan masyarakat Bali ialah tentang kebersihan kawasan mereka. Kedai mereka dijaga bersih dan sejuk mata memandangnya.

Dekorasi Bali - simple, kemas dan bersih. Bila agaknya kita boleh menjadi seperti ini. Saya teringat di Rantau Panjang, sampah pelastik bertabur di merata tempat. Setakat ini saya rasa, orang-orang di Kuala Kangsar, Perak dan Muar di Johor yang mencapai tahap kebersihan Bali. Orang tempat-tempat lain patut cemburu dengan orang Kuala Kangsar dan Muar. Kebersihan sebahagian dari iman Beb!

Hasil produk Bali cukup terkenal dengan kehalusannya.

Susunatur barangan untuk jualan memang cukup menarik bagi mata memandangnya.

Antara ramai turis yang datang, rasanya tidak sesuai dengan saiz ini. Ramai yang saiznya XXXL. Yang ini sesuai untuk saiz "S" atau "M" sahaja. Jangan marah, nanti kena jual!

Keindahan Bali dalam bentuk lukisan.


Seni lukis Bali memang cukup terkenal. Saya bertanya dengan orang Bali, bagaimana mereka dapat mewarisi seni lukis, seni ukir dengan cukup hebat? Menurut mereka, sebelum anak-anak mereka masuk sekolah, mereka sudah diajarkan oleh keluarga mereka kemahiran mengukir dan melukis.


Lukisan Bali.


Lukisan Bali memang indah.


Antara lukisan yang dijual di Batu Bulan, Gianyar.

Lukisan Bali yang unik.


Selepas melihat tarian barong dan "melontar" di Batu Bulan, kami pun mula bertolak (tolak mana nak sampai?) ke bukit peranginan Kintamani.

Selepas melalui perjalanan sekitar kampung dan sawah padi yang cantik, akhirnya kami tiba di Kintamani. Cuaca agak sejuk dengan pemandangan yang cukup indah. Kami lapar sebenarnya, tetapi selera makan agak terbantut kerana tiada restoran Islam di sini. Gambar di bawah ialah pintu masuk ke kompleks Kintamani.


Kintamani, di atas sebuah bukit yang tinggi.

Suasana Kintamani, Bali.


Gunung Batur di hadapan Kintamani. Cukup indah. Di hadapannya terbentang Danau Batur yang tenang dan damai. Di hujung Danau Batur inilah terdapatnya sekelompok masyarakat Bali lama yang tidak menanam mayat. Sebaliknya, mayat dibiarkan begitu sahaja di atas tanah sehingga reput.

Gunung Batur.

Danau Batur di antara kaki Gunung Batur dan Gunung Agung.

Gunung Batur yang telah meletus sekitar tahun 90an. Laharnya masih belum ditumbuhi pepohonan lagi.

Danau Batur yang indah, melintang sepanjang barisan gunung.

Danau Batur di Kintamani.

Keluar dari kompleks Kintamani, kami diserbu penjual lagi.

Dalam perjalanan balik dari Kintamani, kami singgah di tempat jualan ini. Saya lupa nama tempat ini.


Kaum wanita kita meneruskan aktiviti "melontar" mereka. Nak kata macamana lagi, memang harganya cukup murah kepada kita. Cuma satu saja le, orang lain kena demam cikungnya, kita dapat demam "sakunya" sebab duit dah banyak terbang. Biar rugi membeli jangan menyesal sebab tak jadi beli! Ayat biasa kaum wanita! Jangan marah.


Bagi jenis barangan hasil kerja tangan seperti sulaman, kaum wanita kata, "Beli benang pun tak dapat dengan harga tersebut." Maksudnya di Malaysia, dengan harga yang ditawarkan, tak cukup untuk membeli benang sulaman, upah sulam belum kira lagi.

Kalau singgah - gerenti demam. Sapa yang demam? Sakunya!

Selepas turun dari Kintamani, kami tiba di Restoran Natrabu di Jalan By Pass Ngurah Rai, Sanur. Badan dah cukup letih dan perut cukup lapar, apa lagi, balunlah. Orang Kampong Balun di Slim River tentu tak marah kita sebut balun selalu.

Makan di Restoran Natrabu tidak ada kesangsian langsung tentang halal-haramnya kerana urang Minang terkenal dengan kekentalan pegangan agamanya. Kami balun makan sepuas-puasnya.

Kakitangan restoran cukup terlatih dalam melayani keperluan tamu yang ramai. Saya dan Salbiah melepaskan kerinduan kepada "dendeng balado", samba ijo, gulai cubadak, pangek ikan dan sebagainya. Gulai pucuk ubi kayu (pucuk singkong) pun ada. Yang pasti teh manih tetap ada.

Pihak pengurusan restoran telah menyediakan set pelaminan Minangkabau yang agak lengkap di Restoran Natrabu ini.

Salbiah posing di samping pengantin perempuan yang manis (Anak daro nan manih).

Salbiah di samping pengantin lelaki Minang (Marapulai nan rancak).

Pelamin Minangkabau yang cukup indah. Tarikan kepada budaya Minangkabau yang terus mekar.

Hai, pengantin mana pulak ni? Nak merasa pelamin cara Minangkabau pulak?

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran