TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 4 Jun 2009

Papan - Recreation Part1

By Idris Talu
Dalam bulan Januari yang lepas, cuaca agak panas di Ipoh ini. Oleh itu, anak-anak saya mencadangkan supaya kami sekeluarga pergi berehat di kawasan hutan rekreasi Papan, berhampiran pekan kecil Pusing. Kawasannya bersih dan nyaman.



Walau pun air yang mengalir di anak sungai ini agak kecil, tetapi cukup untuk mandi manda. Orang yang datang bekeluarga dan berkumpulan juga ramai. Jangkaan awal saya kawasan ini sunyi, namun rupanya agak riuh-rendah kerana ramai orang yang datang berehat dan mandi.


Pokok yang di atas ini saya belum jumpa namanya - sejenis pakis yang banyak di dapati di kawasan rekreasi ini.


Cantik juga aliran air sungai di sini.

Kelihatan dalam gambar di atas, anak-anak dan cucu-cucu saya bermain air sungai.


Ini suatu peringatan penting, masing-masing perlu berhati-hati bila bermandian kerana batu-batu di sini agak licin, boleh menyebabkan sesuatu yang tidak baik berlaku.


Tempat leteak kereta agak memadai, tetapi bila terlalu ramai yang datang, bersesak juga pengunjung meletakkan kereta di pinggir jalan yang sempit.


Kepada yang teringin bersunyi-sunyian, bolehlah berehat di Hutan Rekreasi Papan, dekat Pusing.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran