TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 21 Mei 2010

Musim Buah Mangga

By Idris Ismail Talu

Buah mangga sedang bermusim sekarang di Perak ini. Buah mangga juga disebut sebagai buah pauh di Kelantan. Kalau di Kelantan, buah mangganya banyak diimport dari Thailand, tetapi buah mangga di Perak adalah hasil usaha pertanian di negeri Perak sendiri.



Kategori yang agak mahal, RM7 sekilogram.


Buah mangga yang baru dipetik dari pohonnya.

Buah mangga yang cukup masak, sesuai untuk dihidangkan.


Buah yang bersaiz agak kecil dijual dengan harga RM10 untuk setiap 4 kilogram.



©idrisismailtalu@2010

4 ulasan:

Pengembara silam, berkata...

Haji...Meleleh ayo lior teman..

Idris Talu berkata...

PS:

Syukur alhamdulillah. Tanah sebelah tepi pantai mengadap ke Selat Melaka tu cukup sesuai dengan pokok mangga ini.

Kebun mangga ini banyak terdapat di sepanjang jalan tepi pantai dari Pantai Remis - Setiawan - Lekir - Seberang Perak - Teluk Intan - Sabak Bernam.

Buahnya pun banyak yang besar-besar - 3 biji sudah 2 kilogram.

Hashim Zabidi berkata...

Tuan Haji,

Kawan tadi baru beli buah kuini RM 4. sekilo di Pdg.Tengku. Boleh tahan manisnya.

Orang Siam makan buah mempelam dengan pulut, sedap juga rasanya. Ketagih juga nak datang selalu.

Kita disini makan kepong je dan kalau nak ubah rasa colek dengan kicap lada campur belacan, hu hu hu...

Idris Talu berkata...

Buah kuini ini memang buah asal negeri kita Tuan Haji Hashim. Rasanya memang cukup class. Dan lagi buah kuini jarang dimakan ulat.

Kawan pernah makan mempelam campur pulut berkuah santan pekat - sedap.

Kawan kerap pergi ke Kuala Tahan masa dok di Lepih dulu. Ada banyak pokok mempelam lama dan macang dalam Taman Negara di situ. Pokoknya pun besar-besar amat. Waktu malam hari, bila musim buah masak, banyak rusa, kijang dan babi berkerumun di bawah pokok mempelam dan macang di situ, tunggu buah gugur.

Waktu siang baru tidak ada binatang tu. Kawan kutip dua tiga biji nak try rasa. Sebijik pun tidak berulat. Itu istimewanya mempelam dan macang Taman Negara Kuala Tahan. Lama dah tak ke Kuala Tahan, rindu.

Satu lagi buah istimewa dari Pahang ialah buah perah. Buah perah dibuat jeruk – jadi asam rong, dibuat masak asam dengan sulur keladi campur ikan kenerak, lazatnya payah nak cerita.

Setiap tempat ada istimewanya Tuan Haji.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran