TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 4 Mei 2010

Tukar Selera

By Idris Ismail Talu

Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee bandung pula.

Dengar ceritanya, mee ini tidak dijual di Bandung.



©idrisismailtalu@2010

6 ulasan:

a kl citizen berkata...

berdiet ke sebelum ni?

Hashim Zabidi berkata...

Betul sangat kata Tuanhaji tu di Bandung nun tak berjumpa dengan mee bandung. Sama seperti roti canai yang berasal dari India.

Agok kawanlah mee bandung asalnya dari cara makan mee tu, yang bila disudu ia masuk berbondong-bondong ke dalam perut.

Tapi Tuanhaji kawan ingat di Jeddah, bau roti canai amboi sedapnya memecah selera betul. Terasa macam dah berada di Malaysia. Kawan letak je barang-barang terus je ke kantin. Aduh! rasanya tak terhabis sekeping weh, hi hi hi...

Idris Talu berkata...

Takde le diet Cikgu,

Sweet sixteen, ooops silap, sweet sixty kenalah jaga sikit, karang payah sebab kedai takda jual talipinggang size XXXL.

Lagi pun memang elok makan sayur dengan sedikit roti dan air buah.

Terima kasih Cikgu sudi singgah dangau saya ni.

Idris Talu berkata...

Tuan Haji Hashim,

Rasanya betul kata Tuan Haji tu, memang mee dengan segala sayuran, dengan udang segar tu berbondong-bondong masuk ke dalam perut. Atau pun kerana warna kuahnya seakan-akan air bandung – susu campur sirap merah tu.

Cerita fasal roti canai di Jeddah, memang sedap amat cuma tak tahan, ramai sangat nak membelinya.

Masa melontar di Mina, ada satu gerai di tepi Terowong Mina yang masyhor tu, ada orang India Muslim bukak gerai roti canai, mak datok, ramainya orang beratur nak membeli. Kawan tak rok nak tunggu, nasib baik ada sahabat yang belikan, merasa jugaklah roti canai Mina. Sedap sungguh.

Di Mina tak boleh makan banyak, tandas berapa butir je, orang beribu-ribu. Bior kawan kurang makan, daripada beratur macam dalam filem P. Ramlee tu.

hang nadim berkata...

salam...sedap tuuu

Idris Talu berkata...

@ Hang Nadim,

Wa'alaikumussalam, lama tak singgah di Tanjung Kasau.

Mee Bandung - mana tak sedapnya, manih ada, masam pun ada, pedas pun ada. Lepas makan Mee Bandung, kena pulak "Ais Bandung".

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran