Kota Bharu Kelantan, Bandaraya Islam.
Bandarnya cantik, ada banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencantikkannya, walau pun begitu ianya kelihatan agak kurang teratur - namun begitu masih banyak ruang untuk memperbaikinya.
Penulis paparkan foto-foto yang sempat penulis dan anak-anak penulis ambil sebab penulis sudah agak kepenatan bila tiba di Kota Bharu dari Kuala Terengganu.
Objek-objek yang penulis paparkan, kelihatannya agak artistik bentuknya. Kelantan memang terkenal dengan pelbagai bidang keseniannya yang dimilikinya sejak turun-temurun - batik, perak, emas permata, bangunan, layang-layang (disebut wau di sini) dan banyak lagi.

Tandanya pun dinamakan tandas ceria. Bersih dan rapi.
Di Kota Bharu Kelantan banyak terdapat bumbung bangunan seperti ini. Ianya signifikan bentuk Kelantan.
Arkitektur Melayu Kelantan. Orang Kelantan sebut wang sebagai pitih, sama saperti orang Minangkabau di Sumatra Barat. Begitu juga kata gantinama orang pertama, ambo untuk saya.
Penulis kurang pasti bagaimana timbulnya kesamaan tersebut. Persembahan kesenian seumpama dikir barat juga terdapat di Minangkabau, Sumatra.
Kelantan cukup sinonim dengan perusahaan batiknya. Biasanya pelancong akan membeli produk batik sebagai buah tangan yang popular dari Kelantan.
Tulisan jawi masih diamalkan secara yang agak meluas di Kelantan.
Sebahagian dari bandar Kota Bharu.
Gasing - permainan yang popular di Kelantan.
Khurma dan kismis - dua jenis buah-buahan kering yang popular di sini.
Suasana dalam kedai di dalam Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.
Orang Kelantan mana boleh dipisahkan dengan budu dan keropok. Budu biasanya diperbuat dari ikan-ikan kecil, biasanya bilis. Sumber protin rakyat marhain. Di Pahang ianya dipanggil peda.
Patutlah bas Kelatan trademarknya SKMK - tak tahu maknanya, kena tanya orang Kota Bharu.
Kedai runcit di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.
Pelbagai jenis barangan dijual di sini.
Apa yang kita hajatkan, insya Allah ada di sini, di Pasar Besar Siti Khadijah.
Sebelum bertolak balik melalui Rantau Panjang, kami didatangi penjual air kelapa. hari panas menggelegak kata orang, jadi habis jualan air kelapa dibeli pelancong.
Sementara bas beredar, saya sempat snap lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan