TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 11 Ogos 2009

Kuala Terengganu

By Idris Talu

Penulis ingin berkongsi cerita tentang Taman Tamadun Islam (TTI), yang tesergam indah di bandar Kuala Terengganu ini. Kedudukan TTI secara keseluruhannya dapat dilihat di dalam peta lokasi di bawah:-

Peta lokasi Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu (ehsan TTI).



Sebahagian dari Taman Monumen


Pangkalan Tok Ku Paloh - ejaan baku yang sebenar, pangkalan - bukan pengkalan, sebab memang tidak ada kata dasar pengkal dalam bahasa Melayu. Pangkalan berdasarkan kata dasar pangkal - tempat bermula.

Kita boleh berbeza sebutan, contohnya orang Kelantan menyebut negerinya dengan sebutan klate, tetapi tidak pernah mengejanya begitu dalam bahasa persuratan mereka.







Bbeteng.......lidah orang Ganu je leh sebok. Ape die? Tok mende!

Orang Ganu tok leh marah ke ke saye.



Keindahan Bbeteng.......







Penulis dan isteri di depan Masjid Kristal.



Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu









Kubah Masjid Kristal yang menarik



Pintu masuk ke Masjid Kristal

Entrance to the Crystal Mosque



Jika kita perhatikan jumlah bas pelancong yang berbaris di kawasan letak kereta kompleks pelancongan ini, bolehlah kita menganggarkan betapa ramainya mereka (pelancong).

Pelancongan dalam negara memainkan peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara. Apabila industri pelancongan giat berjalan, kegiatan ekonomi yang lain ikut berkembang - seperti tempat kediaman, homestay, keropok, batik, songket dan lain-lain lagi.



Salah sebuah rumah tamu (guest house), yang boleh disewa semasa melancong ke Kuala Terengganu. Rumah arkitektur Terengganu tulen.

Sebuah bas intra kota - untuk penduduk dan pelancong di Kuala Terengganu. Kalau Negeri Sembilan ingin mengikut contoh Terengganu, atap gonjongnya pasti menarik. Apa kata YAB Menteri Besar Negeri Sembilan? Bagarah ambo YAB!

Penulis bersama anak bungsu, Ikram di kompleks pelancongan Kuala Terengganu ini.

Selamat melancong ke Kuala Terengganu!

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran