TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 1 Ogos 2009

Jas, Perian - Artocarpus rigidus

By Idris Talu
01 August 2009

Jias, Jas ,Perian

Buah jias, atau jas atau perian ini adalah dari keluarga “artocarpus” iaitu keluarga cempedak dan nangka.

Buah ini dikenali di sesetengah tempat di Perak sebagai buah jias atau buah jas. Sementara di Pahang ianya dikenali sebagai buah perian. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 30 meter.

Di dalam Kamus Dewan (Dr Teuku Iskandar) terbitan/cetakan tahun 1970, ianya juga dikenali sebagai “mendeluka”, “tampang”, dan “tempunai” (Artocarpus rigidus).

Selain dari nama-nama di atas, ianya dikenali juga sebagai nangka kera (monkey jack) atau temponek.

Jias (perian) di Gerik.


Gambar-gambar ini penulis ambil di suatu tempat di Gerik, Perak.

Pokok perian atau jias ini adalah jenis “monoecious” di mana pada setiap pokok akan mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina sendiri.

Jias berbuah lebat di Gerik.


Walau bagaimana pun, pokok ini boleh dipangkas (prunning) supaya tidak tinggi. Semasa penulis bertugas di Kuala Lipis dalam tahun 1970an dahulu, penulis pernah melihat pokok perian dipangkas rendah di Kampong Mela, Jerantut.

Penulis melihatnya semasa bertandang ke rumah rakan, En Baharum (pekerja Telekom Malaysia) di Kampong Mela, Jerantut semasa menetap di Kuala Lipis dahulu.

Tujuan pokok ini dipangkas ialah supaya memudahkan buahnya dikait (diambil). Buah perian yang masih mengkal (hampir masak) ianya enak dimasak seperti bubur atau di sesetengah tempat dikatakan pengat.

Jias makin susah untuk dijumpai.


Cara membuat bubur atau pengat perian agak mudah. Ulas buah perian yang hampir masak itu dicampurkan dengan santan kelapa dan sedikit gula kabong (enau) atau gula melaka. Kalau hendak memekatkannya, ianya boleh dicampur tepung sagu rumbia atau tepung jagung.

Bentuk buah ini agak bulat berbanding sukun yang kadangkala agak lonjong. Sukun tidak berduri, jias atau jas atau perian ini berduri halus tetapi durinya tidak keras seperti duri durian.

Jias atau perian.



©idristalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran