TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 16 Ogos 2009

Buah Naga - Khasiatnya

Air Buah Naga

Buah naga atau dragon fruit, di kenali sebagai pitaya atau pitahaya merupakan buah dari keluarga kaktus.

Buah ini dikatakan berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Kini banyak ditanam di Asia Tenggara, terutamanya di Vietnam, Malaysia dan Thailand.

Untuk dibuat minuman buah naga, penulis memilih dua biji buah naga yang telah cukup masak. Selepas dibasuh dengan air bersih, buah naga dipotong.

Kelihatan isinya yang berwarna merah menyala, cukup menyelerakan.


Kemudian dibelah lagi, untuk memudahkan penulis memotong isinya sebelum diblend dalam blender.


Selepas isinya diambil, inilah tinggalannya, kulit buah naga itu.


Isi buah naga yang telah dipotong-potong, sebelum diblend untuk dijadikan minuman.


Isi buah naga yang telah dipotong, dimasukkan ke dalam blender bersama sedikit air.


Dua biji buah naga dapat menghasilkan tiga gelas besar minuman.


Masukkan ke dalam freezer, selepas cukup sejuk, keluarkan untuk dinikmati kelazatan dan khasiat air minuman buah naga.



Dikatakan, kandungan buahnya memnpunyai zat kalsium, besi dan phosphorus, selain carotene (Vitamin A), Thiamine (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacin (Vitamin B3), dan Asid Askorbik (Vitamin C).

Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat minuman.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran