TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 30 Mac 2011

Selada Air atau Watercress Cameron Highlands

By Idris Ismail Talu.

Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum; merupakan sejenis tumbuhan yang cepat dan lekas membesar.

Sejenis tumbuhan yang hidup dalam air atau separuh berair yang dikatakan menjadi tumbuhan asli beberapa kawasan dari Asia Tengah hingga ke Eropah.


Selada air ditanam di dalam sawah di Cameron Highlands.


Selada air merupakan antara sayuran tertua yang diketahui setakat ini, yang menjadi menu hidangan manusia. Ianya ditanam di dalam petak-petak sawah yang berair. Apabila ianya sesuai dituai, tanaman ini dipotong untuk dipasarkan sedangkan tunggulnya yang tinggal akan cepat mengeluarkan daun baru.

Selada air sesuai untuk dibuat sup atau ditumis dengan hirisan daging atau ayam. Rasanya enak cuma agak pahit sedikit.


Petak sawah tempat selada air ditanam.


Selada air dijual di pasar-pasar.


4 ulasan:

jaafar daud berkata...

Tanaman ini baik untuk kesihatan. kat mana boleh beli? Saya sangat berminat

jaafar daud berkata...

Saya baru sedar tanaman ini sangat berkhasiat. Perlu dipopularkan. Kat mana boleh beli di sekitar kuala lumpur?

jaafar daud berkata...

Kat mana boleh dapat beli sayur selada air ni?

jaafar daud berkata...

Kat mana boleh dapat beli sayur selada air ni?

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran