‘Rahsia’ Seri Perdana
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2011/03/20
Lebih 300 cenderahati, kelambu Kaabah tarikan kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya
BERMULA 1 Mac lalu, Kompleks Seri Perdana yang menjadi kediaman rasmi Perdana Menteri sejak 1997, dibuka semula kepada orang ramai.
Di sinilah, tiga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak, menyambut dan meraikan majlis rasmi bersama Ketua Negara, Ketua Kerajaan, pembesar negeri dan orang ramai.
Terletak di atas tapak seluas 17.2 hektar di Presint 10, Kompleks Seri Perdana yang mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat Melayu, Islam dan Eropah.
Malah, ia dibina dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.
Kompleks ini membuka dua blok utamanya, Blok Bankuet dan Blok Protokol kepada orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 3 petang setiap hari kecuali Jumaat.
Pengurus Seri Perdana, Amirul Hadi Hassan, berkata, sejak dibuka 1 Mac lalu, sambutan menggalakkan diterima daripada orang ramai termasuk pelajar dan pelancong asing. Malah, tiada sebarang bayaran dikenakan dalam usaha memastikan orang ramai menikmati dan menyelami keistimewaan bangunan yang menjadi antara mercu tanda di Putrajaya ini.
“Ia sememangnya kesempatan terbaik untuk orang ramai melihat sendiri kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat majlis rasmi negara diadakan.
“Seperti dinyatakan Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana ini adalah kepunyaan rakyat. Semua yang dipamerkan ini adalah imej kerajaan, jadi orang ramai boleh menyaksikan sendiri dengan lebih dekat Kompleks Seri Perdana ini,” katanya dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Ketika berjalan masuk ke Blok Bankuet, pengunjung berpeluang melihat koleksi kira-kira 300 hadiah, anugerah dan cenderahati yang diterima Dr Mahathir, Abdullah dan Najib daripada pembesar luar dan dalam negara.
Malah, dalam ruang galeri itu juga pengunjung diberi penerangan mengenai sejarah menarik kediaman rasmi Perdana Menteri bermula dengan kediaman rasmi pertama yang terletak di Bangunan Residensi Jalan Datuk Onn sekitar 1956 hingga 1979 sehingga kediaman rasmi ketika ini di Putrajaya.
Di tingkat atas blok bankuet, tersergam Dewan Bankuet yang digunakan untuk meraikan tetamu negara yang mampu memuatkan 200 hingga 300 tetamu, pada satu-satu masa. Apa menarik dan tidak diketahui ramai, di dua blok ini, keseluruhan lantainya diperbuat daripada marmar tempatan terutamanya marmar putih dari Langkawi.
Pada bahagian ini juga, orang ramai boleh melihat beberapa gambar peribadi Najib serta majlis rasmi yang dihadirinya.
Pengunjung kemudian akan dibawa ke Blok Protokol yang terletak di kedudukan paling tinggi dan menjadi titik tumpuan bangunan Seri Perdana dengan berlatarkan pemandangan indah Tasik Putrajaya, keanggunan Jabatan Perdana Menteri dan keindahan Masjid Putra yang cukup mendamaikan.
Blok ini merangkumi beberapa bilik utama termasuk Dewan Jamuan Khas yang boleh memuatkan 60 hingga 80 orang tetamu selain Bilik Tetamu Utama dan Bilik Tetamu Khas.
Paling istimewa di tingkat atas blok ini adalah galeri Kubah setinggi 28 meter yang menjadi struktur identiti yang sinonim dengan Seri Perdana.
Di sini juga terletaknya kelambu kaabah atau kiswah yang dihadiahkan kepada Najib oleh kerajaan Arab Saudi, iaitu bahagian di pintu Multazam yang mana pada bahagian ini ada banyak tenunan dan hiasan benang perak dan benang emasnya, memenuhi bahagian dinding menuju ke Bilik Tetamu Utama.
Di penghujung lawatan, pengunjung boleh menikmati keindahan Laman Sari dengan pelbagai jenis pokok tropika ditambah dengan pemandangan cantik berlatar belakangkan bangunan Perdana Putra dan Masjid Putra.
Orang ramai yang ingin berkunjung ke Seri Perdana boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai jadual dan permohonan lawatan dengan melayari www.seriperdana.gov.my.
INFO: Kompleks Seri Perdana
# Menjadi kediaman rasmi tiga Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Datuk Seri Najib Razak.
# Mula dibuka 27 Mac 2000 dan keluasan lantainya 14,507.62 meter persegi.
# Dua blok utamanya, Blok Bankuet dan Blok Protokol dibuka kepada orang ramai.
# Bilangan tingkap besar 109, tingkap kecil 76 dan pintu, 243.
# Mempamerkan koleksi 300 hadiah, anugerah
# Marmar putih dari Langkawi
# Tarikan lain termasuk kelambu Kaabah atau kiswah seberat 150 kilogram.
Source: Berita Minggu Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 22 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan