Sama ada suka atau tidak, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terus menjadi akhbar yang berpengaruh di negara ini. Di sebalik serangan parti-parti pembangkang khususnya DAP dan PKR sejak PRU-12, Utusan masih gagah berdiri.
Biarpun serangan itu dilakukan secara terancang dan konsisten dengan bantuan portal berita tertentu, beberapa akhbar bahasa ibunda dan NGO pro pembangkang, Utusan terus dipertahankan oleh pembaca dan penyokongnya.
Kerana bimbang dengan pengaruh Utusan di kalangan orang Melayu, strategi baru telah diatur oleh PKR. Parti itu dengan bantuan beberapa pihak yang pro PKR kini merancang menerbitkan akhbar Utusan Rakyat bagi menyaingi Utusan Malaysia. Perkara itu dipersetujui hasil sebuah forum tertutup yang diadakan oleh PKR baru-baru ini. Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai pengendali blog antaranya ruangbicarafaisal. blogspot.com; parpukari.blogspot.com; dan mykmu.net.
Rancangan menerbitkan akhbar itu dilihat sebagai salah satu cara bagi membolehkan PKR mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap parti itu. Forum tersebut memperakukan bahawa majoriti orang Melayu menolak PKR. Ini turut dibuktikan daripada keputusan beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini.
Mengenai Utusan Rakyat, Awang tidak kisah penggunaan kata rakyat. PKR sememangnya ghairah mempergunakan istilah itu untuk manipulasi politik walaupun perjuangannya lebih bersifat kepentingan peribadi. Persoalannya mengapa mahu menggunakan nama Utusan, tidakkah ada nama lain? Aneh, di sebalik segala tohmahan terhadap Utusan, ada pula parti politik seperti PKR mahu mengikut acuan Utusan.
Awang juga berminat hendak tahu sama ada Suara Rakyat akan mengikut pendirian Utusan yang komited menjunjung perlembagaan negara. Itulah juga antara ciri-ciri kekuatan Utusan selama ini, yang seharusnya diterapkan oleh Utusan Rakyat. Apa pun Awang menyambut baik kemunculan akhbar baru itu nanti. Tiada sedikitpun rasa gentar. Awang hanya senyum kerana rupa-rupanya Utusan ‘diiktiraf’ dan begitu menjadi perhatian di hati mereka.
Source:Mingguan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 1 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
By Idris Ismail Talu Mengimbas kembali lawatan ke pulau dewata, yang penuh dengan pura dalam tahun 2006 yang lalu. Dah lama. Penulis bertany...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Gambar ini penulis ambil di R&R Tapah menghala ke Kuala Lumpur. Penulis lupa tanya berapa harganya sebatang lemang ...
-
By Idris Ismail Talu Sekolah Kebangsaan Kuala Medang, sebuah sekolah kebangssaan biasa yang terletak hulu Sungai Jelai. Semasa penulis bertu...
-
Idris Talu Selepas Zohor, penulis bersama anak-anak dan cucu-cucu turun ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar untuk bersiar-siar di samping meni...
-
By Idris Talu Tepak sirih adalah merupakan keperluan harian orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Jika dahulu, sirih pinang menjadi sajia...
-
Kota Bharu Kelantan, Bandaraya Islam. Bandarnya cantik, ada banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencantikkannya, walau pun begi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan