TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 13 Mac 2011

Kuala Kubu Bharu - Bahagian Kedua

By Idris Talu

Hospital Kerajaan Kuala Kubu Bharu memang tercatat dalam sejarah keluarga penulis. Dalam tahun 1979 dahulu, penulis dan isteri berhajat untuk menerima kelahiran anak kedua kami di Ipoh. Namun begitu, sebelum tiba di Kuala Kubu Bharu - dalam perjalanan balik ke Ipoh dari Kuala Lipis, isteri penulis sudah gelisah kerana sudah hampir untuk bersalin.

Penulis pun membelokkan kereta ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Tidak lama selepas masuk ke hospital berkenaan, isteri penulis selamat melahirkan anak kedua kami.

Selepas melawat Hospital Kerajaan Kuala Kubu Bharu, kami singgah di sebuah restoran untuk sarapan. Banyak jenis makanan disediakan di restoran ini - ada mee hoon, ada mee, malah pulut tanak pun ada.


Restoran Sri Mutiara
di bandar Kuala Kubu Bharu - berhampiran Masjid Ar Rahimah.



Selepas sarapan kami bergerak melalui jalan lama yang menghubungkan Kuala Kubu Bharu dan bandar Raub di Pahang. Di sekitar permulaan jalan, kami temui Empangan Sungai Selangor yang menyimpan air untuk keperluan rakyat negeri Selangor Darul Ehsan. Sebahagian dari jalan lama Kuala Kubu Bharu ~ Raub ini sudah tenggelam di dalam empangan ini.




Pemandangan indah di Empangan Sungai Selangor
di Kuala Kubu Bharu.






Jalan baru untuk menggantikan jalan lama yang tenggelam dalam Tasik Empangan Sungai Selangor.


Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran