TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Kuala Kubu Bharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Kubu Bharu. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2011

Kuala Kubu Bharu - Bahagian Kelima

By Idris Talu



Peta lokasi Bukit Fraser.


Jalan antara Gap dan Bukit Fraser
cuma lebihkurang 8 km sahaja, tetapi sempit dan mencabar.

Sekumpulan pelancong Barat menikmati keindahan Bukit Fraser.


Pasti ada sesuatu yang menarik hati pelacong ini.


Keindahan negara kita pada pandangan pelancong dari negara luar.



Bukit Fraser - Bahagian Keempat

By Idris Talu


Padang Golf di Bukit Fraser, Pahang.


Lapangan golf yang menarik.


Ketenangan dan kedamaian Bukit Fraser.


Bukit Fraser.

Khamis, 17 Mac 2011

Kuala Kubu Bharu - Bahagian Keempat

By Idris Talu



Bangunan kedai lama yang dahulunya merupakan
restoran atau kedai makan di pekan kecil gap ini - tumpuan pelbagai kaum
yang menggunakan jalan Kuala Kubu Bharu ~ Bukit Fraser ini.


Jalan masuk ke pusat peranginan Bukit Fraser, Pahang.
Namun begitu pelancong lebih ramai yang datang dari arah
Selangor dan Perak.


Rumah Rehat Gap
Terbiar dan usang - milik siapa?


Jambatan gantung di depan Rumah Rehat Gap.


Jadual masuk dan keluar antara Gap dan Bukit Fraser.
Jalannya sangat sempit - tidak membolehkan pengunjung keluar/masuk serentak.




Kuala Kubu Bharu - Bahagian Ketiga

By Idris Talu


Jambatan besi - agak lama dan masih kuat, dalam
perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser.






Kelihatannya kera ini dari jenis yang biasa di dapati
di tepi bandar dan zoo binatang kerana tidak takut dengan manusia.


Penulis di suatu lokasi menarik dalam perjalanan
antara Kuala Kubu Bharu dan Bukit Fraser.








Penulis di lokasi bersejarah dan berdarah
di mana Sir Henry Gurney diserang pengganas komunis.




Mampu membeli kenderaan berjenama tinggi
tetapi beginilah - belum mampu beratur.

http://idristalu.blogspot.com/

Ahad, 13 Mac 2011

Kuala Kubu Bharu - Bahagian Kedua

By Idris Talu

Hospital Kerajaan Kuala Kubu Bharu memang tercatat dalam sejarah keluarga penulis. Dalam tahun 1979 dahulu, penulis dan isteri berhajat untuk menerima kelahiran anak kedua kami di Ipoh. Namun begitu, sebelum tiba di Kuala Kubu Bharu - dalam perjalanan balik ke Ipoh dari Kuala Lipis, isteri penulis sudah gelisah kerana sudah hampir untuk bersalin.

Penulis pun membelokkan kereta ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Tidak lama selepas masuk ke hospital berkenaan, isteri penulis selamat melahirkan anak kedua kami.

Selepas melawat Hospital Kerajaan Kuala Kubu Bharu, kami singgah di sebuah restoran untuk sarapan. Banyak jenis makanan disediakan di restoran ini - ada mee hoon, ada mee, malah pulut tanak pun ada.


Restoran Sri Mutiara
di bandar Kuala Kubu Bharu - berhampiran Masjid Ar Rahimah.



Selepas sarapan kami bergerak melalui jalan lama yang menghubungkan Kuala Kubu Bharu dan bandar Raub di Pahang. Di sekitar permulaan jalan, kami temui Empangan Sungai Selangor yang menyimpan air untuk keperluan rakyat negeri Selangor Darul Ehsan. Sebahagian dari jalan lama Kuala Kubu Bharu ~ Raub ini sudah tenggelam di dalam empangan ini.




Pemandangan indah di Empangan Sungai Selangor
di Kuala Kubu Bharu.






Jalan baru untuk menggantikan jalan lama yang tenggelam dalam Tasik Empangan Sungai Selangor.


Kuala Kubu Bharu - Bahagian Pertama

By Idris Talu

Suatu awal pagi
- baru-baru ini, kerana suatu urusan di Raub Pahang, penulis, isteri dan dua orang anak singgah di Kuala Kubu Bharu Selangor selepas solat Subuh di R & R PLUS di Tapah. Kami singgah di Kuala Kubu Baru untuk bersarapan di sebuah restoran berhampiran Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu.

Simpang Jalan Persekutuan berhampiran Kuala Kubu Bharu
Belok ke kiri ialah jalan ke bandar Kuala Kubu Bharu.


Hospital Kuala Kubu Bharu
Anak kedua penulis dilahirkan di Hospital Kuala Kubu Bharu.


Pintu masuk ke Hospital Kuala Kubu Bharu
Selangor.




Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Keindahan Masjid Ar Rahimah di awal pagi.





CLICK NOW

Tajuk Kegemaran