TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 14 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Masih di Mina - 11 Zulhijjah 1428 Tapi masih 19 Disember 2007.
(Dalam Islam, masuk sahaja Maghrib, kita sudah bertukar hari).

Kami dijangkakan akan melontar wajib qubra pada jam lapan malam 11 Zulhijjah atas sebab untuk mengelakkan kesesakan dan berasak-asak dengan jemaah lainnya.

Melontar qubra boleh dilakukan bermula dari selepas separuh malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenamnya matahri 13 Zulhijjah.

Melihatkan keadaan kesihatan isteri penulis yang agak kurang memuaskan, penulis bertanya samada dia sanggup atau tidak melakukan ibadah melontar. Isteri penulis menjawab, "Orang tua pun semua pergi, takkanlah dia seorang tidak pergi melontar?"

Penulis tahu dia agak lemah, tetapi oleh kerana semua orang pergi melontar, dia mahu ikut serta.

Malam itu, sekitar jam lapan malam, selepas solat Isya', kumpulan maktab kami pun bergeraklah secara kumpulan. Mula-mulanya, kami masih dalam satu kumpulan, tetapi selepas beberapa ketika, penulis dan isteri agak tertinggal agak jauh di belakang kerana isteri penulis sudah mula kepenatan.

Dalam perjalanan dari khemah kami ke tempat melontar (sekitar 3.5 km), kami berhenti beberapa kali supaya isteri penulis tidak kepenatan sangat. En. Othman Mydin dan isteri selalu bersama penulis dan isteri sepanjang ibadah melontar itu.

Walaupun dengan bersusah-payah kerana kepenatan, akhirnya isteri penulis berjaya melontar. Kumpulan jemaah dari Malaysia menunggu hingga semua jemaah selesai melontar, barulah kami bergerak balik ke khemah.

Secara kebetulan, Saudara Wahid Senario menjadi pembawa bendera Malaysia pada ketika itu. Selepas bergambar, kami pun bergerak balik ke khemah kediaman kami.




Selepas selesai melontar qubra, 11 Zulhijjah 1428Hijriah.

Kumpulan jemaah haji dari Malaysia.

Isteri penulis bersama isteri En. Othman Mydin.

Haji Wahid Senario, pembawa bendera Malaysia.

Perasaan lega setelah selesai melontar qubra.

Dalam perjalanan pulang ke khemah penginapan, isteri penulis terasa lebih penat. Dia banyak minta berhenti untuk memulihkan tenaganya. En. Othman Mydin dan isteri terus setia menemani penulis dan isteri yang boleh bergerak perlahan-lahan untuk pulang ke khemah.

Kami tiba agak lewat ke khemah kami, iatu sekitar jam 10.45 malam. Penulis menghantar isteri ke khemahnya dan memintanya supaya berehat.

Penulis pergi mencari teh panas yang disediakan di khemah kami untuk isteri bagi menyegarkan sedikit badannya yang agak lemah.

Malam itu, selepas ke bilik air membersihkan diri, penulis berehat di khemah dan berdoa agar isteri segera pulih kesihatannya. Akhirnya penulis tertidur lena dalam malam yang dinginnya boleh menggigilkan badan itu.



©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran