TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 18 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXIV

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Lawatan Ke Masjid Qiblatain dan Universiti Islam Madinah


Masjid Qiblatain merupakan salah satu masjid yang bersejarah dalam sejarah Islam kerana di sinilah turunnya wahyu mengizinkan hasrat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم‎ untuk berkiblatkan ke Masjidil Haram di Mekah.




Gambar salah satu pintu masuk ke Universiti Islam Madinah. Foto ini penulis ambil dari dalam bas yang sedang bergerak. Agak ramai juga pemuda-pemuda (universiti ini tidak menerima pelajar wanita) kita yang belajar di universiti ini yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Saudi Arabia (KSA). Menurut pelajar universiti yang menjadi pemandu pelancung kami, mereka diberikan elaun poket sebanyak RS800 setiap bulan selain semua biaya belajar, makan minum serta penginapan diberi percuma oleh Kerajaan Saudi Arabia.

Sebahagian dari Masjid Qiblatain.

Menara Masjid Qiblatain.

Pohon khurma di samping Masjid Qiblatain.

Penulis di sisi Masjid Qiblatain.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran