TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 10 Oktober 2014

SYAIR BAJET 2015

Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib.
Telah didengar dengan tekun,
Sedari  jusa sampai pekebun,
Lunaknya bajet bila disusun,
Menanti khabar buahnya rimbun.

Bajet dikata mesra rakyat,
Setelah diteliti dengan cermat,
Semua pihak beroleh manfaat,
Nelayan di laut petani di darat.

Belanja mengurus bertambah besar,
Pembangunan negara juga disasar,
Harap dapat pulangan besar,
Tumpuan pembangunan di luar bandar.

Isu pertahanan diberi perhatian,
Membeli kelengkapan jaga sempadan,
Keselamatan negara perlu pertahan,
Untuk tangani segala ancaman.


Pendidikan negara tidak ketinggalan,
Jumlah terbesar dalam perbelanjaan,
Membina insan menjadi keutamaan
Bakal pemimpin masa hadapan.

Ramai boleh miliki rumah,
Tidak terkecuali pendapatan rendah,
Jangka pinjaman turut ditambah,
Mesra idaman aspirasi ummah.

Cukai barangan tidak akan dihapus,
Pengurangan subsidi bukannya rakus,
Untuk menampung perbelanjaan mengurus,
Defisit negara perhatian khusus.

Penjawat awam tidak kempunan,
Mendapat bonus setengah bulan,
Kerana jasa serta sumbangan,
Bantu negara dalam pembangunan.

Kedai rakyat akan bercambah,
Harga barangan cukup murah,
Boleh belanja dengan berhemah,
Dapat BR1M nilai bertambah.

Pendapat umum diambil kira,
Walaupun ada yang tidak gembira,
Bila dinamakan bajet mesra,
Kerana rakyat masih sengsara.
 
yahyaisa
Segamat Johor
10102014
Disiarkan semula dengan izin penulisnya.
Sumber: https://www.facebook.com/groups/gurugemilang/738459159561673/?notif_t=group_activity

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran