TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 15 April 2010

Sumbangan Sektor Pelancongan Kepada Negara

By Idris Talu
Malaysia telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memajukan sektor pelancongan, yang membawa masuk sumber pendapatan negara yang telah mencecah lebih RM50 billion setahun itu. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah:-

1. Program “Malaysia My Second Home”
2. Program Pelancongan Pelajaran
3. Pelancongan Pendidikan
4. Pelancongan Agro, dan
5. Pelancongan Sukan.


Pemandangan di atas ialah sekumpulan pelancong dari Barat, di depan sebuah bank di bandar Tanah Rata, Cameron Highlands. Walau pun mereka ini terdiri dari "budget travellers", tetapi kuasa "word-of-mouth" mereka mempunyai kesan yang tinggi dalam menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi Malaysia tercinta.

Oleh itu, kita perlu menjaga sektor pelancongan kita ini agar ianya terus kukuh dengan menjaga keharmonian dalam negara dan kebersihan persekitaran, di samping budaya mesra pelancong. Jauhkan dari budaya mengambil kesempatan ke atas para pelancong yang akan membuatkan mereka jeran untuk datang kembali.

Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara cukup besar. Kita sebagai rakyat biasa juga mendapat nikmat dari perkembangan pesat industri pelancongan ini. Sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara dianggarkan lebih dari RM50 billion setahun.
Ini secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan nilai ringgit kita. Kepada mereka yang kerap melancong ke luar negara, akan faham bagaimana nilai ringgit memberikan faedah kepada mereka.

©idrisismailtalu@2010

6 ulasan:

CikGu Naim berkata...

Salam,
Betul tu,Cuma masalah nya masih ramai lagi pelacung luar tidak berapa kenal Malaysia,taraf keselamtan di sini bagi pendapat mereka sama saperti di thailand,mexico atau filipina.Penerangan dan pomosi yang lebih aggresive perlu di ada dengan lebih luas lagi.

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam Cikgu Naim,

Kita patut lebih buat promosi di serata dunia agar awareness wujud di mana-mana. Kita sebagai rakyat pun boleh bersama-sama membuat promosi tentang negara kita, melalui blog, melalui facebook dan sebagainya.

Sebagai langkah awal, kita promosikan dahulu, kampung kita, pekan yang hampir dengan kita. Bila ramai orang melancong ke daerah kita, perniagaan hidup, pusingan modal bertambah dan kehidupan lebih ceria.

Saya cukup setuju dengan cikgu, secara concerted kita berusaha, barulah orkestra kita akan betul-betul harmoni dan indah.

Wassalam.

Hashim Zabidi berkata...

Tuan Haji,

maaf cakaplah Tuan Haji. Pelancung datang kita sambut dengan budaya kita dan mereka pergi meninggalkan budaya mereka lalu kita amalkan. Berbaloikah 50 juta tu dengan belanja membasmi semula penyakit akhlak yang menjadi wabak di Negara kita ini...

Idris Talu berkata...

Kawan setuju sangat dengan pandangan Tuan Haji Hashim tu, tambah pulak baru je dema buat onar dalam hutan di Taman Negara kita.

Itu yang membimbangkan kita, kalau-kalau anak-anak bangsa kita mudah terikut dengan budaya dema.

Itu yang opah Allahyarham Pak Sako ambik galah kait jering guna nak membuang talileher yang Pak Sako baru bawak balik dari Clifford Kuala Lipis dulu.

Untuk membina pertahanan dalaman ini memerlukan kekuatan dalaman yang cukup kuat. Kawan teringat masa bujang di Lepih dulu, kerap jugak dibawak kenkawan ke Pahang Club, setakat bejoget bedansing tu adalah, lebih dari tu takde lah.

Nak membina kekuatan inilah tanggungjawab kita bersama. Kalu di Perak ni, nak masuk ke seberang tu mudah amat. Nak masuk atau tidak je. Jadi kalu takde kekuatan dalaman ni, haru besar juga kita dibuatnya.

Miecyber berkata...

Tragedi pelancong di rogol dan di bunuh di Pulau Tioman baru baru ini amat sadis dan memburukkan imej Malaysia di mata pelancong.

Kalau nak ke Taman Negara , boleh kontek saya

http://www.tamannegarapackage.com

Idris Talu berkata...

Ya - kejadian di Pulau Tioman itu memang mencalarkan imej negara kita. Semoga pihak keselamatan berjaya menahan penjenayah terbabit untuk menegakkan keadilan dan mengembalikan imej negara.

Tahniah kepada Miecyber - bidang pelancongan memang akan terus berkembang.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran