TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 23 Julai 2014

Parlimen Malaysia luluskan usul kutuk tindakan kejam tembak MH17


Datuk Seri Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR 23 Julai - Persidangan Khas Dewan Rakyat Rabu sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa, pada 17 Julai lepas.



Usul itu menyaksikan kesemua anggota Parlimen yang hadir menzahirkan sentimen senada untuk menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.



Seramai 22 anggota Parlimen terdiri daripada 12 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 10 wakil rakyat pembangkang membahaskan usul itu pada Persidangan Khas Dewan Rakyat yang mula bersidang 10 pagi ini.



Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine, pada Khamis lalu.

Datuk Seri Najib Tun Razak

Kerajaan Ukraine percaya pesawat malang itu ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan usul itu menegaskan, pendirian kerajaan bahawa jenayah yang dilakukan terhadap MH17 merupakan jenayah berat dan menuntut pembelaan di peringkat antarabangsa.

"Setiap usaha akan diambil untuk memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan, sama ada di peringkat domestik masing-masing negara yang berkenaan mahupun di peringkat antarabangsa," katanya.

Muhyiddin berkata, tindakan yang perlu dilakukan sekarang adalah siasatan yang menyeluruh dan pengumpulan bukti dan untuk tujuan itu Malaysia akan bekerjasama dengan pasukan penyiasat antarabangsa untuk mengenal pasti punca nahas dan mengumpul bukti-bukti berkaitan jenayah berkaitan.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah pasukan penyiasat khas yang akan dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam dan agensi-agensi lain untuk membolehkan siasatan dimulakan segera.

Bagi maksud menghadapkan penjenayah yang dikenal pasti ke muka pengadilan, Muhyiddin berkata Malaysia akan menggunakan undang-undang jenayah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah (termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984. - BERNAMA

Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140723/dn_61/MH17-Parlimen-lulus-usul-kutuk-tindakan-kejam-tembak-MH17#ixzz38INTMvpP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140723/dn_61/MH17-Parlimen-lulus-usul-kutuk-tindakan-kejam-tembak-MH17
 

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran