TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 16 Mei 2010

Tulisan Jawi - Kemajuannya

By Idris Talu
Buku "Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu".

Buku ini ditulis oleh Prof. Dr. Kang Kyoung Seock, dari Pusan University of Foreign Studies, Namsu, Fusan, Korea.





Melalui buku ini, Prof. Dr. Kang menerangkan tahap perkembangan tulisan jawi beserta dengan contoh-contohnya sekali. Beliau juga mendedahkan sejarah perubahan tulisan jawi melalui zaman yang mencabar ini.

Di dalam buku ini juga, Prof. Dr. Kang memperjelaskan tentang latar belakang tulisan jawi, konsep tulisan jawi, masalah mengkaji tulisan jawi, dan banyak lagi tajuk yang diulas dan diperjelaskan secara yang cukup ilmiah.

Terasa agak lucu, cerdik pandai dari negara Korea pula yang berminat dan mengkaji tentang tulisan jawi, sedang umat Melayu yang menjadi tuan punya tulisan jawi kelihatannya “seolah-olah” mula meminggirkan peranan tulisan jawi. Yang paling menyedihkan ialah bila ayat-ayat Allah pun kini ditulis dengan tulisan rumi, bukan dalam tulisan asalnya iaitu tulisan jawi.
Kita boleh lihat sendiri sahabat kita dari kaum Tamil dan Cina, boleh mengekal dan mengembangkan tulisan kaum mereka, sedangkan kita meminggirkan dan memandang tulisan jawi sebagai tulisan asing pula. Lihatlah tulisan kaum Yahudi yang telah hampir luput, kini segar semula, malah menjadi bacaan wajib di negara mereka, kenapa kita tidak boleh?

©idrisismailtalu@2010

4 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Assalamualikum Tuan Haji,

Kali ini tulisan jawai pulak. Menarik.

Masa saya muda-muda dulu pegi KLumpo. Dekat Jalan Masjid India tu ada seorang cina menjual batu nisan untuk orang Islam. Si cina tu boleh pula menulis jawi mengikut tempahan. Yg istimewanya si cina tu menulis jawi dari kiri. Aduh! kriatifnya dia.

Tulisan jawi asal tulisan AlQuran sebanyak 30 huruf yang menjadikan 30 juzuz dan mengandungi 6,666 ayat dari seratus empat belas surah (kalau tak silap).Kita kena cari sejarahnya Tuan Haji bagaimana huruf-huruf jawi itu ditempa.

Tulisan jawi kita, kita tambah lagi beberapa huruf spt 'ga' 'nga' 'nya'
dan satu lagi Vi menggunakan huruf 'wau' bertitik. Kenapa orang sekarang meminggirkannya.

Pelik ya! macam mana nak baca Quran kalau tak tahu jawi...

Idris Talu berkata...

Wa’alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,

Tuan Haji Hashim yang berada di Lepih, Pahang Darul Makmur, betul amat apa yang Tuan Haji kabokan tentang tulisan Jawi Melayu itu.

Di Ipoh pun ada pembuat batu nisan yang terdiri dari orang Cina bukan Islam. Agak aneh bukan, tapi itulah hakekat yang terjadi di depan mata kita.

Apa yang kawan bentangkan itu Tuan Haji ialah kajian tentang tulisan jawi, dilakukan oleh Profesor dari Korea. Kalau Allahyarham Dr Ishak Haji Muhammad masih hidup, rasanya mahu dia buat gurauan, “besar kemaluan kita!” Kawan gelak keras perut bila aruah menceritakan asal usul tentang “gurauan” tersebut kepada kawan suatu masa dulu.

Tentang tulisan jawi Melayu ini, kita berhentikanlah kerja salah menyalahkan sesama kita. Yang penting, usaha bersama untuk memperkuatkan semula pengaruh dan kekuatan tulisan jawi ini terutama di kalangan pengguna bahasa Melayu.

Kita mempunyai ramai pemimpin politik dan akademik yang berkelulusan dari pelbagai negara, ada yang lulusan dari negara bawah angin dan ada juga juga lulusan dari negara atas angin, takkanlah hendak membiarkan riwayat tulisan Jawi Melayu hilang dibawa angin?

Atau hendak membawa bersama, hayat riwayat tulisan jawi ini ke dalam kubur apabila kita mati nanti.

Penulis selepas kita nanti akan membuat pengkajian dan menulis kata penutupnya yang berbunyi seakan-akan ini – “maka apabila berakhirnya zaman pemerintahannya, berakhirlah sudah riwayat tulisan jawi Melayu di dunia ini.”

Wallahu aklamu bissawab.

©idrisismailtalu@2010.

nazirah ibrahim berkata...

betul tuan haji...ramai sebenarnya yang teramat sayangkan jawi....sama-samalah kita perjuangkan....

Idris Talu berkata...

Memang betul,

Kejayaan sesuatu bentuk tulisan adalah merupakan kejayaan untuk maruah bangsa itu sendiri.

Agak pelik, bangsa kita tidak ada kemahuan ramai dari anggota masyarakat kita sendiri untuk menghidupkan tulisan Jawi.

Kita lihat kaum lain di dunia ini, tanpa bantuan kerajaan pun, mereka berusaha sedaya upaya menghidupkan tulisan meraka. Kita lihat kaum Tamil di Malaysia sudahlh, berapa ramaikah mereka berbanding dengan orang Melayu? Tulisan mereka hidup subur.

Kenapa orang Melayu tidak boleh bersatu menghidupkan tulisan Jawi? Tidak kira mereka berada di kelompok mana sekali pun, mereka dipandang rendah oleh kaum lain, kerana gagal mempertahankan tulisan Jawi.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran