By Idris Ismail Talu
Bermain meriam terutamanya di dalam bulan Ramadhan merupakan aktiviti anak muda di kampong bertujuan menggembirakan hati. Zaman dahulu manalah ada hiburan seperti tv, astro macam zaman sekarang.
Meriam ini biasanya dibuat menggunakan buluh yang cukup keras, guna menguatkan bunyinya dan tahan lama. Buluh itu juga disimpai atau diikat dengan getah dan tali supaya tidak mudah pecah.
Bermain meriam ini dilakukan selepas sembahyang Isya’ dan Tarawih selesai dilaksanakan. Kalau ada yang bermain sebelum orang siap sholat, kaum bapa akan segera tahu, anak siapa yang tidak sembahyang. Siaplah mereka! Bapa mereka sendiri yang akan menghukum anaknya.
Tetapi anehnya pada zaman kini, ada segelintir orang yang kononnya bergelar bijak-bistari, ada mastar ada piehde - malah dari luar negeri, yang masih gatal hendak bermain mencucuh bedil@meriam, lepas itu buat-buat nohen (tidak tahu apa-apa) sahaja, pada hal tangan masih berbau minyak tanah dan carbide.
Betullah kata bidalan lama,
yang buta meniup lesung
yang kurap memikul buluh
yang pekak membakar meriam.
@idrisismailtalu2010
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 14 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kenangan wuquf di Arafah dalam tahun 2007. Kami sampai agak awal ke Arafah, penduduk tempatan Makkah baru tiba, belum pun mendirikan khemah...
-
KERINDUAN pada masa lalu merebak di kalangan kulit putih Orania di Afrika Selatan yang melaksanakan dasar Apartheid terhadap warga kulit hit...
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
Sumber: Berita Harian Malaysia Online . Tarikh siar: 2010/09/28 NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Bursa Saham New Y...
-
Hampir semua orang menyadari betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seseorang. Namun begitu, berapa ramaikah yang benar-benar berusaha melen...
-
Penulis coba mencari yang berbahasa Arab atau Inggeris, tetapi belum dijumpai . Video - courtesy Youtube .
-
By Idris Talu Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang penulis hormati dan kagumi kerana keilmuannya, kediplomasian beliau, dan dedika...
-
By Idris Ismail Talu. Keluarga kecil Idris Talu menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijriah secara cukup sederhana sekali. Alhamdulillah se...
-
Naskhah akhbar Utusan Melayu keluaran 06 September 2010. Mengikut data terkini (tahun 2010) penduduk Malaysia berjumlah 28.9 juta orang. Per...
2 ulasan:
Tuan Haji,
Nostalgia jaman kawan, budak-budak dulu. Tapi kawan sumpah tak main Tuan Haji, kawan penakut amet.
Bukan yang buta, kurap dan pekak yang punya kerja tapi yg sehat walaafiat tulah akhirnya menjadi buta, kurap dan pekak akibat main meriam buluh.
Budak-budak le ni tak main dah mende-mende gitu, syukurlah...
Tuan Haji Hashim yang berada di Lepih,
Gitulah cerita masa zaman kita muda dulu Tuan Haji Hashim. Memang betul kata Tuan Haji itu, ada yang hilang mata, muka dah tak berapa betul, akibat main meriam zaman dulu. Apa tidaknya, dah cucuh tapi meriam tak bebunyi, ditengoknya di depan muncung meriam tu, tiba-tiba, buuuum!
Tumbang sat, berpinar jugak dibuatnya. Bersembur kabad di muka. Zaman dulu mana ada ambulan segala, tempek dengan serbok kopi saja, lepas tu balut dengan daun melialam palur ngan kapor sirih. Dah la tu, kalau nak baik, nya baiklah, kalau tidak, aruah.
Orang zaman kini tak main dah meriam buluh gini Tuan Haji, dema main meriam cara baru, meriam perangat isu itu, perangat isu ini, cucuh sana, cucuh sini, akibatnya lebih dahsyat dari meriam buluh zaman kita dulu lagi akibatnya. Boleh menyebabkan umat berpecahbelah, bermusuh sesama sendiri, kaum lain untung begoni-goni, kita tumbang menumbang sama sendiri.
Dan pulak Tuan Haji, orang-orang ini bukan calang-calang orangnya, ada digri, ada mastar, ada piehde belake – bukan dari dalam negeri pulak tu, dari obasi lagi. Dema ni ingat Tuhan tak nampak apa yang dema buat kut?
Dah tu buat muka seposen pulak, betul-betul selambamen.
Catat Ulasan