Oleh Shahrizan Salian
2011/03/24
Bencana di Jepun, kenaikan bahan bakar tak halang capai sasaran 6 peratus
EKONOMI Malaysia berada pada landasan kukuh untuk mencapai pertumbuhan antara lima hingga enam peratus tahun ini meskipun berlaku peningkatan harga bahan bakar yang mencetus tekanan inflasi dan persekitaran global tidak menentu.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata pertumbuhan pada separuh pertama tahun ini dijangka sedikit perlahan berikutan penurunan ketara pada angka eksport sebelum ia dijangka kembali mengukuh pada separuh kedua. Beliau berkata, bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda rakan dagang penting negara, iaitu Jepun baru-baru ini tidak akan memberi kesan ketara kepada sasaran pertumbuhan tahun ini. Ia disebabkan ekonomi negara akan dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan kegiatan ekonomi baru menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
“Buat masa ini, permintaan domestik dilihat tidak menjadi perlahan dan semua petunjuk utama ekonomi adalah positif. Sasaran pertumbuhan keseluruhan tahun ini kekal antara lima hingga enam peratus,” katanya kepada media ketika membentangkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Mengenai kesan harga bahan bakar kepada pertumbuhan, Zeti berkata, Malaysia masih mampu mengekalkan sasaran pertumbuhan itu jika purata harga minyak mentah pada tahun ini berada pada paras antara AS$90 hingga AS$100 setong.
Beliau berkata, Bank Negara sudah mengambil kira harga minyak pada sekitar AS$100 setong ketika menetapkan sasaran pertumbuhan untuk tahun ini dan jika ia kekal pada paras berkenaan, Malaysia mampu mencapai sasaran pertumbuhan itu.
Bagaimanapun, Zeti berkata jika harga minyak melonjak sehingga AS$150 setong dan kekal pada paras itu untuk tempoh agak lama, ia akan menjejaskan pertumbuhan global dan memberi kesan kepada negara pengimport bersih minyak.
Masyarakat global kini khuatir peningkatan inflasi ekoran kenaikan harga bahan bakar dan makanan berpotensi mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat sesebuah negara, justeru menggugat pertumbuhan ekonomi.
“Kita pernah berdepan kesan kenaikan seperti itu pada 2009 apabila negara mencatatkan penguncupan sebanyak 1.7 peratus, tetapi ia adalah penguncupan paling sedikit berbanding negara pengimport bersih lain.
“Malaysia semakin lebih bersedia untuk menyerap kenaikan seperti itu yang dianggap sebagai satu kejutan dalam bekalan dan kini berada pada kedudukan lebih kukuh untuk menangani kesannya,” katanya.
Begitu pun, katanya kenaikan kos bahan bakar itu akan memberi bebanan kepada kerajaan yang menyediakan subsidi ke atas harga minyak.
“Walau begitu, kerajaan masih mempunyai kedudukan yang fleksibel untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat tanpa menjejaskan pengguna atau perniagaan,” katanya.
Sementara itu, Zeti berkata kadar inflasi yang diunjurkan berada pada 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini adalah situasi yang masih boleh diuruskan kerana Bank Negara sudah mengambil kira paras berkenaan dalam sasaran pertumbuhan serta kesannya terhadap perbelanjaan.
“Kenaikan itu kebanyakannya adalah disebabkan dua komponen iaitu makanan dan bahan bakar. Buat masa ini, ia masih belum membimbangkan tetapi kami akan memantau rapi perkembangannya sama ada ia bersifat sementara atau kekal dan semua faktor ini akan diambil kira dalam menentukan dasar monetari,” katanya.
Source: Berita Harian Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 23 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Courtesy: Berita Harian, 7 Julai 2006 TAIPING: Keropok kulit rusa sebagai makanan ringan adalah antara produk terbaru yang dipamerkan kepada...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Ismail Talu Kantan @ kincung @ honje, merupakan sejenis bunga yang mempunyai pelbagai nama mengikut daerah ianya tumbuh. Di Semenan...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Pokok seringan? Pokok apa itu? Begitulah agaknya pertanyaan di kepala pembaca blog ini. Ya, mungkin disebabkan oleh ter...
-
Sumber: Harian Metro Malaysia Online . Tarikh siaran: 18 September 2010. Berita kematian M. Rajoli di akhbar. AMPANG: Pelakon dan pelawak,...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan