TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 21 Ogos 2009

Mencerap Anak Bulan - Sokongan & Kemudahan

By Idris Talu

Untuk menjayakan kerja-kerja pencerapan anak bulan Ramadhan, banyak jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain yang terlibat sama dalam membantu menjayakan tanggungjawab berat ini.

Antaranya ialah Jabatan Kerjaraya, Bekalan Air, Tenaga Nasional, Polis DiRaja Malaysia, Telekom Malaysia dan beberapa jabatan yang lain, disamping Jabatan Agama Islam Perak yang menjadi penerajunya.

Gambar di bawah, kakitangan TM yang diketuai oleh En Ridhuan dan En Burhanuddin bersama-sama yang lain, selepas menyiapkan kemudahan telekomunikasi untuk perhubungan ke Kuala Lumpur (Pusat) dan ke Ipoh/Kuala Kangsar (Negeri).





Kelihatan di dalam gambar di bawah, di atas bumbung menara pandang, terdapat sejenis antenna yang dinamakan, "high gain, low band yagi antenna" yang dipasangkan untuk menghubungkan Pantai Pasir Panjang ke ibusawat telekomunikasi terdekat, seterusnya ke dunia luar.

Komunikasi in dinamakan "country link" atau "country set."

Kemudahan dan keperluan makan minum untuk pengunjung juga disediakan dengan memuaskan. Ianya disediakan oleh penyedia makanan yang cukup berpengelaman.



Tempat untuk makan juga disediakan dengan baiknya, selesa untuk semua pengunjung. Kita patut berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat, baik dari Ipoh mahu pun dari daerah Manjung dan semua mereka yang berusaha menjayakan majlis ini sehingga selesai dengan baik dan ceria.


Setahu penulis, Pantai Pasir Panjang memang terletak di bibir laut. Dahulu terdapat satu telaga yang payau airnya. Kini tidak kelihatan lagi perigi tersebut.

Oleh itu, Lembaga Air Perak menyediakan satu tangki besar air tawar untuk kemudahan minuman dan air wudhu' pengunjung buat hari itu. Terima kasih Lembaga Air Perak.





©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran