TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 21 Ogos 2009

Mencerap Anak Bulan - Tan Sri Dr Harussani Zakaria

By Idris Talu

Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang penulis hormati dan kagumi kerana keilmuannya, kediplomasian beliau, dan dedikasinya terhadap bangsa dan agamanya, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, memikul tugas yang berat untuk melaksanakan perintah Allah sebagaimana yang tercatat di dalam al Quran, untuk berpuasa, ".....hendaklah kamu melihat anak bulan."


Tan Sri Mufti prihatin dengan tugasnya, mencerap anak bulan Ramadhan di Pantai Pasir Panjang, pada hari Khamis, 20 Ogos 2009 yang lepas.


Tan Sri Mufti melihat jam di tangannya kerana mencerap anak bulan ada tempoh masa yang tertentu. Jika yang dicerap di luar tempoh yang ditetapkan, ianya tidak diambil kira.


Beliau melihat lagi untuk kepastian.


Selepas selesai tempoh masa yang ditetapkan, Yang Berbahagia Tan Sri Mufti pun memaklumkan kepada hadirin, khususnya umat Islam di Pantai Pasir Panjang hasil cerapan hari itu.


Kemudian, YB Tan Sri Mufti beredar untuk tugas selanjutnya sebelum sembahyang Maghrib berjemaah di khemah yang disediakan.

Surau sudah tidak dapat menampung jemaah yang begitu ramai datang melihat suatu proses kerja ibadah yang telah diamalkan sejak zaman Baginda Rasulullah SAW lagi.

Selepas itu, YB Tan Sri Mufti mengimamkan solat Maghrib kami petang itu.




©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran