TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 22 Ogos 2009

Timun Betik @ Timun Suri

By Idris Talu

20 August 2009

Selepas selesai solat Maghrib di Pantai Pasir Panjang yang diimamkan oleh Tan Sri Dr Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak, penulis bersama isteri dan cucu kami, Idham pun bergerak balik ke Ipoh melalui Ayer Tawar, tempat yang ramai diduduki masyarakat perantau Mandailing itu.

Tiba di Restoran Roti Segar sekitar jam sembilan malam, kami singgah untuk mengisi perut. Isteri penulis memesan laksa, Idham minta nasi ayam dan penulis teringin mee sup yang boleh menyegarkan badan di malam yang mula kehujanan itu.

Selepas makan, isteri penulis membeli sedikit roti untuk cucu-cucu dan Ihsan yang ada di rumah.

Beres di Roti Segar, kami begerak balik ke Ipoh dan singgah di warung jualan rakyat di Titi Gantung. Rasa agak bertuah kerana timun betik atau timun suri yang penulis cari selama ini ada dijual di warung tersebut.

Betul sebagaimana yang penulis jangkakan, petani akan menanam timun betik khusus untuk pasaran dalam bulan Ramadhan.

Nampaknya mereka lebih faham tentang strategi pemasaran yang diwarwarkan oleh Kotler, walau pun belum pernah membaca buku Kotler, berbanding mereka yang hampir setiap hari membaca buku Kotler tetapi hanya untuk lulus peperiksaan sahaja.

Banyak betul buah timun betik itu kali ini. Buahnya sudah masak ranum, berbau wangi dan menyelerakan.







Penulis memilih dua biji buah timun betik yang agak berbeda warna kulitnya. Yang pertama agak kehijauan warna kulitnya.

Sementara yang kedua, agak lembut kerana sudah masak, berbau harum dan agak perang keputihan warna kulitnya.



Untuk menikmati kelazatan buah timun betik, ianya perlu "kawan" yang boleh menaikkan kelazatan buah tersebut. Pertama ialah santan kelapa (coconut milk) yang agak pekat. Seeloknya santan tersebut dipanaskan ke atas api sebentar.

"Kawan" kedua timun betik ialah gula enau atau gula melaka yang telah dicairkan (dimasak).



Inilah rupa timun betik yang telah dikupas kulitnya, dan dipotong-potong mengikut saiz kegemaran masing-masing. Isi timun betik yang cukup matang (masak) agak lembut - sesuai dibuat juadah untuk berbuka puasa.



Pilih beberapa ketul isi timun betik yang telah dipotong tadi ke dalam mangkok yang sesuai.



Masukkan santan kelapa agak berpatutan dengan isi timun betik tadi.



Selepas itu, campurkan gula enau (gula melaka) ke dalam adunan, hah.... siap untuk dinikmati. Sesetengah penggemar timun betik menyejukkan dahulu isi timun betik yang telah dipotong ke dalam freezer, sebelum dihidangkan.



Cukup menyelerakan.

©Idristalu@2009

2 ulasan:

umuaiman berkata...

Timun betik ni favourite saya. baru2 ni jumpa kat pekan sehari di sini. Itu pun datang dari Setoi Thailand. Anak2 tak berapa suka makan, pertama kali jumpa agaknya.
Hamidah Ahmad

Idris Talu berkata...

Di Ipoh pun agak payah nak dapat buah Timun Betik ini. Di Titi Gantung, Bota kadang-kadang ada. Buah ini biasanya banyak semasa bulan Ramadhan.

Pada musim kemarau panjang ini, elok sangat makan buah timun betik ini, sebab ianya menyejukkan badan.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran