TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 14 Jun 2009

Bali - Visit 2006 - Part1

By Idris Talu


Selepas "terbang" dengan AirAsia secara terus dari LCCT Sepang selama tiga jam, kami pun tiba di Bandara Ngurah Rai, Bali. Landasan terbangnya dipanjangkan sehingga memasuki Laut Selatan.


Bali, jika dilihat petanya, seolah-olah seperti seekor burung puyuh, mempunyai keluasan tanah lebih besar dari saiz pulau Singapura.

Idris Talu dan isteri setiba di Bali.

Kami dikalungkan dengan karangan bunga - rasanya bunga kemboja Bali oleh wanita Bali yang manis rupawan. Come lote kata kawan saya dari Kelantan.

Idris Talu di Ngurah Rai, Bali.

Terasa kita diraikan. Itulah budaya Bali dalam menghargai pelancong yang datang ke negerinya. Layanan yang diberikan penuh kemesraan, bukan lipstik.

Suasana di luar Ngurah Rai, Bali.

Kami dibawa ke suatu tempat di mana batu marmar Bali telah dilombong dengan cara yang cukup berhemah, tanpa letupan, malah teratur sekali di mana tinggalan perlombongannya tetap indah dan menawan. Kami disajikan makan tengah hari di sebuah restoran di situ. Makanan yang dihidangkan cukup simple dan menyelerakan.

Sdr Hamzan dan kawan-kawan di meja makan.

Marmar dari kawasan ini telah diambil secara teratur. Tinggalan batu marmar di sini dijadikan bangunan pejabat, dengan menebok batu marmar tersebut untuk dijadikan ruang-ruang dalam bangunan batu itu.

Suasana yang alami di bekas lombong marmar Bali, bekas lombong kita?

Walaupun kawasan ini adalah bekas tempat orang Bali mengambil batu marmar, tetapi kini menjadi resort indah tumpuan pelancung dari seluruh dunia. Bila agaknya kita boleh melihat bekas tempat melombong batu seperti di Jalan Kuala Kangsar, di Simpang Pulai dan sebagainya dijadikan taman indah tarikan pelancong?

Walau pun bekas lombong marmar, ianya tetap dirawat rapi.

Tinggalan marmar yang telah dilombong, dapat kita lihat di sebelah kiri gambar di bawah, diukir dalam bentuk pelbagai objek mengikut epik hindu lama.

Bekas lombong marmar yang dijadikan tarikan pelancongan.

Coba bezakan saiz patung yang bewarna hitam ini dengan saiz manusia dalam gambar di bawah.

Budaya Bali

Tinggalan batu marmar yang dipotong rapi dan bersih.

Bekas lombong marmar yang dijadikan objek pelancongan.


Selepas itu kami dibawa ke Bali Dynasty Resort ini, yang terletak di Jalan Kartika, Tuban, Kuta Selatan. Kami di pereksa untuk mempastikan tidak membawa senjata berbahaya, kesan dari peristiwa pengeboman di Bali tidak lama dahulu.

Pintu masuk ke Bali Dynasty.

Gambaran Bali Dynasty Resort dari dekat.

Pintu kana untuk pejalan kaki.

Pintu kiri pejalan kaki.

Landskap asli Bali

Pohon pisang, puding kuburan dan bungaan yang biasa dijumpai di kampung-kampung.

Perabut rotan Bali. Mereka bangga dengan hasil kerja tangan warga Bali sendiri.

Ukiran Bali kelihatan di mana-mana.

Lagi ukiran signifikan Bali.

Pada sebelah malamnya, kami menjamu selera di Pantai Kuta. Deburan ombak Laut Selatan cukup ganas bunyinya dalam kegelapan malam. Penyanyi jalanan cukup meriah. Tuan Haji Shafie kerap minta lagu tahun enam puluhan yang mereka sendiri, "nggak tau pak!"

Saudara Rashid dari Ipoh dah kepenatan. Pagi di Hotel The Legend Kuala Lumpur, malam sudah di Pantai Kuta Bali pulak.


Saudara Hamzan, member teman dari Taman Jati, Ipoh masih ceria melihat deburan ombak Laut Selatan. Ombak di sini dalam keadaan biasa pun sudah enam kaki tingginya.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran