TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Kuala kangsar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala kangsar. Papar semua catatan

Khamis, 28 November 2013

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

Kuala Kangsar merupakan antara bandar yang tertua di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pintu gerbang di Kampung Talang
sebelum memasuki Bandar DiRaja Kuala Kangsar.
Memasuki bandar ini, kita akan bertemu dengan jam besar pula di tengah-tengah bulatan berhampiran dengan Pejabat Pos. Ke bawah kita akan ke lembah di tebing Sungai Perak.
 Jam Besar.

Selepas melihat jam besar, kita ke stesen keretapi Kuala Kangsar yang baru, yang masih dalam pembinaannya. Belum pasti bila akan digunakan. Stesen baru ini dibina sebagai  sebahagian dari usaha bersepadu dalam peningkatan perkhidmatan keretapi antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Perlis.


Stesen Kuala Kangsar


Insya Allah ان شاء الله  kita akan bercerita lagi tentang Kuala Kangsar.


Khamis, 14 Jun 2012

Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar


إدريس تالو ‎
Idris Talu

Sebelum kita menunaikan sembahyang fardhu Jumaat hari ini, coba kita lihat sebahagian dari keindahan yang boleh kita temui di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar ini.

Pertama, kita lihat keindahan senireka ukiran kayu Melayu tulin yang terdapat di mimbar di atas.
 
Diikuti senibina dalaman di bawah ini.


 Gambaran salah satu pintu masjid ini.


 Dan untuk kemudahan para pelancong ke masjid ini, maklumat ringkas disediakan


Semoga ibadah kita diterima Allah Ta'ala.



Ahad, 4 Mac 2012

Pintu Gerbang Ke Kuala Kangsar

ادريس اسماعيل تالو
Idris Talu



Pintu gerbang yang indah ini boleh kita temui apabila kita memasuki Bandar DiRaja Kuala Kangsar dari arah Lenggong atau Taiping.


Ia nya dibina untuk menyambut kedatangan para pelancong ke Bandar yang sudah berusia ratusan tahun ini.

Sabtu, 4 Februari 2012

Bandar DiRaja Kuala Kangsar Di Waktu Malam

Idris Talu

Jam Besar Kuala Kangsar.

Jambatan Sultan Abdul Jalil di waktu malam.

Penduduk Kuala Kangsar menikmati suasana malam di tepi Sungai Perak.


Keindahan Kuala Kangsar di waktu malam - bermandikan cahaya.

Kuala Kangsar.


Antara yang anda boleh lihat di Kuala Kangsar.


Isnin, 9 Januari 2012

Sayong, Kuala Kangsar

By Idris Ismail Talu.

Pembangunan di Lembah Sayong, Kuala Kangsar Perak.

Pesisir Sungai di Sayong, Kuala Kangsar, Perak.


Sultan Abdul Jalil, Kuala Kangsar, Perak.

Rabu, 6 Julai 2011

Laksa Kuala Kangsar

By Idris Talu.

Jika kita ada urusan di Kuala Kangsar Bandar DiRaja, jangan lupa singgah di kawasan dataran Sungai Perak, di mana kita boleh dapati banyak gerai dan warung yang berjualan makanan istimewa untuk masyarakat Kuala Kangsar iaitu "laksa kuala".

Di Kuala Kangsar, laksa merupakan makanan kegemaran majoriti penduduknya, tanpa mengira kaum. Melayu, Cina dan India - semuanya suka memakan laksa. Ini menyebabkan wujudnya ramai peniaga laksa di Kuala Kangsar.

Laksa Kuala

Minuman yang sesuai untuk diminum selepas memakan laksa ialah cendol. Sesuai sangatlah selepas memakan laksa yang sedikit pedas ditutupi dengan air cendol yang lemak manis dan sedikit sejuk. Cendol juga sedap diminum jika dicamporkan di dalamnya sedikit tapai pulut atau tapai ubi.

Cendol Kuala

Di sinilah gerai yang penulis singgah untuk menikmati laksa kuala baru-baru ini.


http://idristalu.blogspot.com/

Sabtu, 16 Oktober 2010

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Idris Talu.
Ingin berkongsi keindahan Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, dengan para pembaca blog ini.


















Jumaat, 15 Oktober 2010

Madrasah al - Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

By Idris Ismail Talu

Madrasah al - Idrisiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.













http://idristalu.blogspot.com/

Jumaat, 11 Jun 2010

Jambatan Sultan Abdul Jalil

By Idris Ismail Talu

Inilah Jambatan Sultan Abdul Jalil, yang merentangi Sungai Perak untuk menyambungkan Bandar Di Raja Kuala Kangsar dengan Kampong Sayong di tebing sebelah kanan Sungai Perak. Bagaimana kita hendak tahu, sesuatu tebing sungai itu samada ianya kiri atau kanan?



Jawapannya mudah sahaja. Jika kita memudeki sungai dari arah kuala sungai di mulut laut, yang di sebelah kiri ialah tebing kiri sementara yang di sebelah kanan, ialah tebing kanan.

Ahad, 30 Mei 2010

Stesen Keretapi Kuala Kangsar

By Idris Ismail Talu


Rasa seperti di dalam film "Wild Wild West" pulak, cuma tidak ada kuda dan "cowboy" nya. Walau bagaimana pun kawasan stesen cukup kemas, bersih , sedap mata memandangnya.

Masih dalam keadaan asalnya, walau pun sudah dimamah usia

Masih kekal dalam bentuk lamanya - antik, cantik dan bersih.

Tetap kemas dan menarik.

Maklumat yang lengkap.


©idrisismailtalu@2010

Sabtu, 29 Mei 2010

Pavilion Kuala Kangsar

By Idris Ismail Talu

Bangunan pavilion ini dibina di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Menurut ceritanya, pavilion ini telah dibina dalam tahun 1920, iaitu di masa pemerintahan Sultan Iskandar Shah.

Sultan Iskandar Shah memerintah negeri Perak Darul Ridzuan mulai dari tahun 1918 sehingga tahun1938.






Arkitek pembinaan pavilion ini ialah N.E.Don B.C.D. Pavilion ini digunakan sebagai tempat Sultan Iskandar berehat selepas bermain polo di padang yang berhampiran.


Kini, menara pavilion ini sudah tidak lagi digunakan , sebaliknya ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan para pelancong yang berkunjung ke Kuala Kangsar.


©idrisismailtalu@2010

Khamis, 27 Mei 2010

Kuala Kangsar Dan Sekitarnya

Idris Talu

Kuala Kangsar, Bandar DiRaja - memang terkenal dengan kebersihan dan keindahannya. Nikmatilah keindahan pesekitaran bandar ini. Sungainya yang bersih, tebingnya yang dirawat indah.




MCKK - Malay College Kuala Kangsar, tersergam indah.

Sungai Perak dengan tebingnya dijaga rapi dan indah.

Jambatan Sultan Abdul Jalil menambah indahnya panorama Kuala Kangsar.

Bersih dan indah - Kuala Kangsar.

Resort Perak Riverside.

Resort di tepi Sungai Perak di Kuala Kangsar.

Jambatan Sultan Abdul Jalil menjelang senja.

 

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran