TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 6 Julai 2011

Laksa Kuala Kangsar

By Idris Talu.

Jika kita ada urusan di Kuala Kangsar Bandar DiRaja, jangan lupa singgah di kawasan dataran Sungai Perak, di mana kita boleh dapati banyak gerai dan warung yang berjualan makanan istimewa untuk masyarakat Kuala Kangsar iaitu "laksa kuala".

Di Kuala Kangsar, laksa merupakan makanan kegemaran majoriti penduduknya, tanpa mengira kaum. Melayu, Cina dan India - semuanya suka memakan laksa. Ini menyebabkan wujudnya ramai peniaga laksa di Kuala Kangsar.

Laksa Kuala

Minuman yang sesuai untuk diminum selepas memakan laksa ialah cendol. Sesuai sangatlah selepas memakan laksa yang sedikit pedas ditutupi dengan air cendol yang lemak manis dan sedikit sejuk. Cendol juga sedap diminum jika dicamporkan di dalamnya sedikit tapai pulut atau tapai ubi.

Cendol Kuala

Di sinilah gerai yang penulis singgah untuk menikmati laksa kuala baru-baru ini.


http://idristalu.blogspot.com/

2 ulasan:

Waqheh berkata...

tengok laksa kuala ni teringat masa duduk ipoh dulu..ada jual datang depan rumah naik pick up..

Idris Talu berkata...

Ramai yang menjual laksa kuala di Perak ini. Ada yang tumpang nama sahaja, rasa laksanya tidak serupa langsung.

Antara ciri-ciri khas laksa kuala ialah laksanya agak kecil jika dibandingkan dengan laksa kering yang dijual dikedai. Kuahnya jernih. Hanya peminat laksa yang dapat membezakan laksa Penang dengan laksa kuala.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran