TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 21 September 2010

Pentingnya Ilmu Dalam Kehidupan

Hampir semua orang menyadari betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seseorang. Namun begitu, berapa ramaikah yang benar-benar berusaha melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang diperlukan di dalam menempuh kehidupan yang cukup mencabar ini.

Saidina Ali dikatakan pernah berkata yang mafhumnya, "untuk mendapat kejayaan di dunia, kita perlukan ilmu dan untuk mendapat kejayaan di akhirat juga memerlukan ilmu!"

Tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tidak "berjaya" dalam kehidupan kita? Apakah kita hanya menghafal kata-kata hikmat Saidina Ali tadi untuk penyedap sembang di kedai kopi atau benar-benar menghayatinya?

Sementara itu, menghadapi peperiksaan merupakan sebahagian daripada proses pencarian ilmu. Lihatlah ketekunan, keyakinan dan ketabahan anak-anak ini dalam proses pencarian ilmu mereka. Apakah kita sebagai ibu bapa melihat sahaja anak-anak kita bertungkus lumus mencari ilmu, sedangkan kita tidak berusaha menambah ilmu, baik untuk bekal ke akhirat mahu pun untuk keperluan semasa masih hidup ini.

Foto di atas ihsan Berita Harian.

Foto di atas - ihsan Utusan Malaysia
Pelajar yang cacat penglihatan pun belajar,
bagaimana dengan mereka yang tidak cacat penglihatan?

Foto di atas - ihsan Utusan Malaysia.
Dan kita perlu ingat, bahawa keredhaan Allah yang kita cari dalam kehidupan ini. Allah Maha Mendengar, kepadaNya lah tempat kita memohon.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran